• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih

#ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih

June 15, 2020 By AI Leave a Comment

563
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL jenis sportbike sentiasa jadi idaman. Ramai penunggang kapcai sentiasa menyimpan cita-cita untuk memiliki sportbike suatu masa nanti, sekurang-kurangnya model aras mula.

Namun, bukan mudah hendak menjaga penampilan sportbike supaya sentiasa nampak anggun dan bersih. Malah, kerja-kerja mencuci juga perlukan lebih perhatian kerana motosikal jenis ini memiliki panel fairing yang menutup enjin. Jadi ada bahagian yang tidak disentuh ketika mencuci.

Kalau dibiarkan lama, boleh timbul masalah karat pada bahagian tersebut. Apakah tip mencuci sportbike?

BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

TIP CUCI SPORTBIKE

Cuci Motor_1
Cuci Motor_3
Cuci Motor_3

1. Mencuci sportbike eloklah dibuat setiap tiga bulan sekali, atau sebulan sekali melainkan anda sanggup membuka dan memasangkan semula semua panel fairing setiap minggu.

2. Kekerapan mencuci motosikal adalah mengikut tahap penggunaan dan cuaca. Cucian tiga bulan atau sebulan sekali seperti saranan di atas disyorkan kepada penunggang sportbike harian. Ini kerana komponen motosikal  berisiko mengalami pengoksidaan akibat kesan bahang panas enjin atau semburan air yang terkena haba panas.

3. Anda digalakkan menggunakan cecair atau serbuk pencuci jenis lembut yang sesuai. Cara campuran dan bancuhan mestilah mengikut apa disyorkan.

4. Mencuci enjin dan roda seeloknya menggunakan cecair kimia dan alat cucian khas, manakala bahagian badan sesuai dicuci dengan syampu khas yang lebih lembut. Ingat, semua bahan kimia itu mestilah tiada kandungan asid tinggi dan boleh mengubah PH air.

5. Berhati-hati menanggalkan panel fairing, terutama bahagian plastik, kerana boleh pecah dan patah.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas?

SUMBER: NaikMotor

563
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, Cuci Enjin, Cuci Motor, cuci motosikal, sportbike, tip motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my