Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender
Bikin Auto

#BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender

URBAN Automotive meraikan ulang tahun ke-10 penyertaan di Goodwood Festival of Speed dengan memperkenalkan dua projek terbesar berasaskan Land Rover Defender, iaitu Urban Widetrack Avontur Prototype dan program talaan khas, Defender OCTA.

Kedua-dua projek berkenaan menggambarkan perancangan Urban Automotive untuk menghasilkan rekabentuk lebih berani, meningkatkan pelaburan dalam pembangunan produk dan keupayaan kejuruteraan dalaman, selain menawarkan kenderaan yang lebih eksklusif kepada pelanggan.

1. Urban Widetrack Avontur – Defender Ubah Jadi Kenderaan Utiliti Mewah

Urban Widetrack Avontur Prototype membuat kemunculan sulung dunia di Goodwood Festival of Speed 2026.

Dibangunkan berasaskan Land Rover Defender 110 Hard Top, Avontur mengubah kenderaan utiliti sukan (SUV) itu menjadi kenderaan utiliti gaya hidup mewah yang menggabungkan kemewahan, praktikaliti dan keupayaan komersial dalam satu pakej.

Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur

Model itu turut menjadi antara program pembangunan kenderaan terbesar pernah dihasilkan Urban Automotive, selain projek utama pertama syarikat selepas menyertai AM Group.

Avontur direka untuk digunakan dalam pelbagai situasi sama ada di kawasan estet, marina persendirian, pusat bandar atau kawasan luar bandar tanpa mengorbankan prestasi atau kemewahan.

Lebih 36 Komponen Khas Dibangunkan

Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur

Bagi menghasilkan Avontur, Urban membangunkan struktur kejuruteraan baharu yang lengkap dengan casis badan dan sistem perlindungan oleng (rollover ) yang direka khas untuk memastikan ketegaran struktur, tahap penghalusan dan karakter pemanduan asal Defender terus dikekalkan.

Menggunakan platform Widetrack, Avontur dilengkapi lebih 36 komponen khas, seperti:

Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
  • Bonet gentian karbon baharu
  • Kemasan sisi gentian karbon
  • Rekaan belakang badan serba baharu
  • Ruang kargo terbuka menggunakan gentian karbon sepenuhnya
  • Sistem rel utiliti modular terbina dalam
  • Logo UA Icon pada lantai ruang but
  • Pintu belakang asal yang masih berfungsi
  • Pemegang botol terbina dalam pada pintu belakang
  • Struktur kejuruteraan dan rangka oleng (rollover) khas

Pelanggan boleh memilih kemasan Forged Carbon, Urban 2×2 Carbon Fibre atau Urban 4×4 Carbon Fibre, yang masing-masing dengan pilihan kemasan kilat atau kusam.

2. Defender OCTA Tampil Pakej Talaan Lengkap

Land Rover Defender OCTA

Turut membuat penampilan rasmi ialah program talaan baharu Land Rover Defender OCTA, yang dibangunkan khas untuk model prestasi tinggi Defender itu.

Program itu mencerminkan komitmen Urban Automotive terhadap rekabentuk asli, kejuruteraan dan pembuatan komponen sendiri, selain memperkenal evolusi terkini bahasa rekabentuk syarikat.

Antara komponen ditawarkan ialah:

Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA
  • Bonet gentian karbon dengan saluran udara
  • Canard depan gentian karbon
  • Perumah lampu siang (DRL) dan gril gentian karbon
  • Kemasan gril tengah gentian karbon
  • Liang sisi gentian karbon
  • Sambungan gerbang roda depan dan belakang
  • Spoiler belakang baharu
  • Kemasan ekzos gentian karbon
  • Penutup tayar simpanan khas dengan sisipan gentian karbon
Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA

Selain itu, beberapa komponen dihasilkan menggunakan teknologi cetakan 3D PA12 bagi meningkatkan ketepatan pemasangan.

Defender OCTA itu turut dipadankan rim tempa Urban-Vossen 23 inci yang dihasilkan secara buatan tangan di Miami, khas untuk model tersebut.

Seperti Avontur, pelanggan boleh memilih kemasan Forged Carbon, Urban 2×2 Carbon Fibre atau Urban 4×4 Carbon Fibre, bersama pilihan lapisan kilat atau kusam.

Keseluruhan pakej talaan kini boleh ditempah melalui Urban Automotive dan rangkaian pengedar global.

Barisan Model Mewah Lain

Logo Urban Automotive
Logo Urban Automotive

Selain dua projek Defender berkenaan, Urban Automotive turut mempamerkan beberapa model lain yang menggunakan pakej Widetrackย seperti Rolls-Royce Cullinan Series II, Lamborghini Urus SE, Mercedes-Benz G-Class dan Range Rover Autobiography hasil kerjasama Urban x Visionnaire.

Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Urban Widetrack Avontur
Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA
Land Rover Defender OCTA
Bikin Auto Bikin Kereta Defender OCTA Goodwood Festival of Speed Land Rover Defender Roda4 Urban Urban Automotive Urban Widetrack Avontur
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.