Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi House of Progress Bawa Kereta Konsep grandsphere & Q8 e-tron Untuk Tontonan Umum Hingga 16 April
Auto Terkini

Audi House of Progress Bawa Kereta Konsep grandsphere & Q8 e-tron Untuk Tontonan Umum Hingga 16 April

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize31/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BUAT pertama kalinya, Audi House of Progress berlangsung di ArtScience Museum @ Marina Bay, Singapura dari 31 Mac hingga 16 April  jam 10 pagi hingga 7 petang susulan kejayaannya pada edisi sebelumnya di bandar utama dunia seperti Tokyo, Milan, São Paulo dan Montreal.

Pameran itu menampilkan model-model utama masa kini Audi seperti Audi e-tron GT, Audi RS e-tron GT, Audi Q4 e-tron, Q8 e-tron serta kereta konsep sedan masa depan yang dianggap umpama jet peribadi di atas jalan raya, Audi grandsphere.

Sebagai kereta kedua dalam barisan kenderaan konsep ‘sfera’ Audi, konsep grandsphere mencabar sempadan reka bentuk automotif dan mempersembahkan ruang dalaman yang luas dan transformatif ibarat ruang istirahat kelas pertama.

Jason Battersby berkata konsep Audi grandsphere menggabungkan perjalanan udara mewah dengan pemanduan autonomi Tahap 4.

ia merealisasikan visi di mana bentuk dan fungsi berintegrasi dengan indah, mempersembahkan ideal tanpa kompromi untuk kenderaan segmen D masa hadapan,” tambahnya.

Marc-Andreas Brinkmann, Pengarah Pemasaran Audi AG berkata Audi bersedia untuk salah satu transformasi terbesar dalam sejarah terkini mengenai kenderaan elektrik, pemanduan autonomi dan mobiliti bersama.

Pameran House of Progress ikonik kami, yang dipersembahkan di seluruh dunia dan kini di Singapura, menyampaikan pelan hala tuju unik Audi untuk masa depan mobiliti elektro melalui pengalaman berbilang lapisan dan menarik,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Audi Singapore, Markus Schuster berkata Audi Q8 e-tron dan Audi Q4 e-tron akan memasuki pasaran Singapura dalam masa terdekat, bagaimanapun kami menerima info dari sumber sahih yang mengatakan Audi Q8 e-tron mungkin akan masuk ke Malaysia lebih awal daripada Singapura.

Bagaimanapun, Audi Malaysia mengesahkan bahawa Audi Q4 e-tron tidak akan tiba ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

BACA >>> Tempahan Audi e-tron (2023) Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Harga RM369k-RM769k
BACA >>> Audi TT Final Edition (2023), Unit Istimewa Sempena Tamat Model Ikonik, Harga Mula RM221k

Audi Audi grandsphere Audi Q4 E-Tron Audi Q8 e-tron house of progress singapore Singapura
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.