Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan Audi e-tron (2023) Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Harga RM369k-RM769k
Auto Terkini

Tempahan Audi e-tron (2023) Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Harga RM369k-RM769k

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize10/02/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR rasmi kenderaan Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) membuka tempahan untuk barisan model e-tron untuk pasaran tempatan pada harga anggaran RM369,000 hingga RM769,000.

Barisan Audi e-tron terdiri daripada Q8 e-tron baharu, e-tron GT quattro dan RS e-tron GT yang semua model bakal dilancarkan menjelang pertengahan tahun ini.

Rangkaian Audi Q8 e-tron baharu terdiri daripada varian kenderaan utiliti sukan (SUV) dan Sportback yang akan dijual pada harga bermula RM369,000 hingga RM476,000.

Audi Q8 e-tron menetapkan standard baharu dalam segmen SUV elektrik mewah dengan konsep pemanduan dioptimum, aerodinamik lebih baik, prestasi pengecasan lebih pantas, kapasiti bateri 114kWh dan peningkatan jarak pemanduan hingga 600km.

Ciri utama diberikan ialah lampu projektor frem tunggal (singleframe) serba baharu, lampu utama LED digital matriks dan cermin luar virtual pertama dunia yang dipasang pada sebuah kenderaan elektrik (EV).

Malah, Malaysia bakal menjadi salah satu negara Asia terawal menerima Audi Q8 e-tron selepas produksi pertamanya bagi tahun 2023 diperkenalkan.

Audi e-tron GT quattro pula dijangka ditawarkan pada harga bermula RM559,000 hingga RM643,000, manakala model prestasi tinggi, Audi RS e-tron GT sudah boleh ditempah dengan harga antara RM749,000 dan RM769,000.

Rekabentuk Audi e-tron GT coupé menginterpretasi kembali idea klasik gran turismo (GT). Audi e-tron GT quattro dan Audi RS e-tron GT mampu dipandu sejauh hingga 501km.

Audi RS e-tron GT mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.6 saat, dan 3.3 saat dalam mod Boost.

Sistem quattro elektrik EV ini terserlah menerusi brek keluli disadur tungsten karbida untuk prestasi brek 30 peratus lebih baik dengan bumbung karbon (pada varian RS dan e-tron GT dengan Dynamic Package).

Walaupun rangkaian model e-tron belum dilancarkan, Audi sudahpun menyediakan pelbagai perkhidmatan selepas jualan dan program jaminan khas untuk model elektrik jenama itu.

Semua juruteknik servis Audi sudah dan akan terus menjalani latihan, penilaian dan pensijilan sebagai sebahagian usaha kemasukan EV Audi ke pasaran tempatan.

Dalam tempoh terhad, Audi RS e-tron GT boleh dilihat di bilik pameran Audi di Glenmarie (Selangor), Juru (Pulau Pinang) dan Setia Alam (Selangor). Model ini juga akan dipamerkan sempena Audi Showcase di pusat beli-belah 1Utama Shopping Centre bermula 22-26 Februari ini.

BACA >>> Audi RS 6 Avant Performance, Audi RS 7 Sportback Performance (2023) Kini Lebih Berkuasa!
BACA >>> Kenapa, Apakah Strategi Audi Masuk F1 2026?

2023 Audi e-tron GT Quattro Audi Q8 e-tron Audi RS e-tron GT EV EV Audi Kenderaan Elektrik (EV) PHS Automotive Malaysia (PHSAM) Roda4
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.