Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Asal-Usul ‘Glove Box’ yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Asal-Usul ‘Glove Box’ yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu

Han OthmanBy Han Othman10/11/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH ‘glove box’ atau kotak sarung tangan? Jika biasa membaca sumber automotif, anda tentu sudah biasa dengan istilah ini. Glove box, kadangkala disebut sebagi glove compartment (kompartmen sarung tangan), adalah ruang simpanan tertutup atau terbuka di dalam kereta yang digunakan sebagai tempat simpanan. Ia terletak pada bahagian depan papan pemuka di sebelah penumpang depan.

Kebanyakan kereta moden memiliki glove box tertutup, tetapi sesetengahnya terbuka seperti Jeep Wrangler. Masih ingat lagi Proton Gen-2? Model itu juga tampil dengan glove box terbuka.

KENAPA GLOVE BOX?

sarung-tangan-amerika-glove-box
Pada awal era automobil, penggunaan sarung tangan sangat penting. Ia bukan sekadar penyataan gaya berbaur diskriminasi, di mana pemandu kaya ketika itu akan memakai sepasang sarung tangan putih, tetapi juga berfungsi memanaskan tangan ketika musim sejuk. Ini kerana kereta-kereta pada era tersebut tidak datang dengan pemanas udara. Jadi, pemandu dan penumpang perlu membawa sarung tangan (yang tebal dan berat) untuk melindungi tangan mereka.

SEJARAH GLOVE BOX

Tidak banyak maklumat bertulis mengenai bilakah glove box digunakan dalam automobil, termasuk model atau pengeluar mana yang mula-mula memperkenalkannya. Namun, fakta sejarah yang jelas ialah tentang asal-usul panggilan glove box.

Banyak kenderaan era awal automobil direka tanpa pintu dan memandu ke gereja dengan keluarga pada pagi Ahad yang sejuk memerlukan setiap orang memakai sepasang sarung tangan. Jadi, sangat munasabah satu kompartmen khas direka dalam kereta supaya dapat menyimpan barangan penting itu

KOTAK JOKI?

Di England, dan beberapa kawasan barat laut Amerika Syarikat, glove box masih disebut jockey box (kotak joki). Laman web The Word Detective setakat ini menjadi sumber maklumat paling masuk akal mengenai terma itu. Maksud joki sudah tentu ialah seseorang yang bekerja dengan kuda. Menurut laman web berkenaan, terma joki kemudian diluaskan penggunaannya dengan turut membabitkan mereka yang bekerja dengan kenderaan tanpa kuda.

REKABENTUK GLOVE BOX

Glove box dalam kereta era 1940-an hingga 1970-an direka bersaiz besar bersama tambahan ciri keselamatan seperti pintu besi yang berat dan berkunci. Namun, sesetengah pengeluar mula memperkenalkan pemegang cawan di sebalik pintu storan tersebut seperti model Buick Electra 1959 (gambar atas).

GLOVE BOX MODEN

glove-box-utility
Penggunaan glove box tidak lagi seperti awal era automobil dahulu. Hari ini glove box dijadikan ruang storan untuk menyimpan apa saja barangan peribadi si pemandu. Ia boleh jadi geran kereta, insurans, kaca mata hitam, pen, kertas, peta dan surat kompaun! Rata-rata rekabentuk glove box moden sudah tidak lagi berkunci kecuali model kereta jenis konvertibel (bumbung terbuka) atas ciri keselamatan.

TERMA MALAYSIA

simbol-glove-box
Majoriti pemandu Malaysia tidak tahu mengenai istilah glove box kecuali kalangan mereka yang biasa membaca atau belajar mengenai automotif. Lucunya, mereka yang tahu mengenai istilah glove box pun sangat jarang memanggilnya sebagai glove box kerana takut orang yang mendengar tidak faham. Kebanyakan pemandu biasa pasti terpinga-pinga jika anda menyuruh mereka mengambil barang dalam glove box. Jadi apakah istilah glove box di Malaysia?

Jawapannya PELBAGAI. Namun apa yang bagus, walaupun setiap orang mempunyai istilah sendiri, tetapi orang yang mendengar sentiasa faham apa yang dimaksudkan. Istilah itu ialah laci dashboard, dashboard drawer, barang dalam dashboard, dashboard locker (senaraikan lagi… ).

Boleh sebutkan apa saja, tetapi jangan lupa perkataan dashboard. Mahu lebih jelas, gerakkan empat hujung jari anda seperti isyarat menarik pemegang glove box.

Mudahkan? 🙂

autotainment dashboard drawer glove box laci dashboard RetroAuto sejarah automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.