• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Asal-Usul 'Glove Box' yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu

#RetroAuto: Asal-Usul 'Glove Box' yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu

March 10, 2016 By Azhan O 2 Comments

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH 'glove box' atau kotak sarung tangan? Jika biasa membaca sumber automotif, anda tentu sudah biasa dengan istilah ini. Glove box, kadangkala disebut sebagi glove compartment (kompartmen sarung tangan), adalah ruang simpanan tertutup atau terbuka di dalam kereta yang digunakan sebagai tempat simpanan. Ia terletak pada bahagian depan papan pemuka di sebelah penumpang depan.

Kebanyakan kereta moden memiliki glove box tertutup, tetapi sesetengahnya terbuka seperti Jeep Wrangler. Masih ingat lagi Proton Gen-2? Model itu juga tampil dengan glove box terbuka.

KENAPA GLOVE BOX?

sarung-tangan-amerika-glove-box
Pada awal era automobil, penggunaan sarung tangan sangat penting. Ia bukan sekadar penyataan gaya berbaur diskriminasi, di mana pemandu kaya ketika itu akan memakai sepasang sarung tangan putih, tetapi juga berfungsi memanaskan tangan ketika musim sejuk. Ini kerana kereta-kereta pada era tersebut tidak datang dengan pemanas udara. Jadi, pemandu dan penumpang perlu membawa sarung tangan (yang tebal dan berat) untuk melindungi tangan mereka.

SEJARAH GLOVE BOX

Tidak banyak maklumat bertulis mengenai bilakah glove box digunakan dalam automobil, termasuk model atau pengeluar mana yang mula-mula memperkenalkannya. Namun, fakta sejarah yang jelas ialah tentang asal-usul panggilan glove box.

Banyak kenderaan era awal automobil direka tanpa pintu dan memandu ke gereja dengan keluarga pada pagi Ahad yang sejuk memerlukan setiap orang memakai sepasang sarung tangan. Jadi, sangat munasabah satu kompartmen khas direka dalam kereta supaya dapat menyimpan barangan penting itu

KOTAK JOKI?

Di England, dan beberapa kawasan barat laut Amerika Syarikat, glove box masih disebut jockey box (kotak joki). Laman web The Word Detective setakat ini menjadi sumber maklumat paling masuk akal mengenai terma itu. Maksud joki sudah tentu ialah seseorang yang bekerja dengan kuda. Menurut laman web berkenaan, terma joki kemudian diluaskan penggunaannya dengan turut membabitkan mereka yang bekerja dengan kenderaan tanpa kuda.

REKABENTUK GLOVE BOX

Glove box dalam kereta era 1940-an hingga 1970-an direka bersaiz besar bersama tambahan ciri keselamatan seperti pintu besi yang berat dan berkunci. Namun, sesetengah pengeluar mula memperkenalkan pemegang cawan di sebalik pintu storan tersebut seperti model Buick Electra 1959 (gambar atas).

GLOVE BOX MODEN

glove-box-utility
Penggunaan glove box tidak lagi seperti awal era automobil dahulu. Hari ini glove box dijadikan ruang storan untuk menyimpan apa saja barangan peribadi si pemandu. Ia boleh jadi geran kereta, insurans, kaca mata hitam, pen, kertas, peta dan surat kompaun! Rata-rata rekabentuk glove box moden sudah tidak lagi berkunci kecuali model kereta jenis konvertibel (bumbung terbuka) atas ciri keselamatan.

TERMA MALAYSIA

simbol-glove-box
Majoriti pemandu Malaysia tidak tahu mengenai istilah glove box kecuali kalangan mereka yang biasa membaca atau belajar mengenai automotif. Lucunya, mereka yang tahu mengenai istilah glove box pun sangat jarang memanggilnya sebagai glove box kerana takut orang yang mendengar tidak faham. Kebanyakan pemandu biasa pasti terpinga-pinga jika anda menyuruh mereka mengambil barang dalam glove box. Jadi apakah istilah glove box di Malaysia?

Jawapannya PELBAGAI. Namun apa yang bagus, walaupun setiap orang mempunyai istilah sendiri, tetapi orang yang mendengar sentiasa faham apa yang dimaksudkan. Istilah itu ialah laci dashboard, dashboard drawer, barang dalam dashboard, dashboard locker (senaraikan lagi... ).

Boleh sebutkan apa saja, tetapi jangan lupa perkataan dashboard. Mahu lebih jelas, gerakkan empat hujung jari anda seperti isyarat menarik pemegang glove box.

Mudahkan? 🙂

Artikel Berkaitan

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, dashboard drawer, glove box, laci dashboard, RetroAuto, sejarah automobil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Pekerja Bengkel Dipercayai Terlibat Kes Samun Bersenjata
    Polis Tahan Dua Pekerja Bengkel Dipercayai Terlibat Kes Samun Bersenjata
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my