Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aprilia Patenkan Sistem Penyejukan Dwi Radiator, Lebih Kompak, Efisien
Roda2

Aprilia Patenkan Sistem Penyejukan Dwi Radiator, Lebih Kompak, Efisien

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/06/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APRILIA memfailkan paten sistem penyejukan radiator yang lebih efisien.

Motosikal lumba atau harian biasanya menggunakan sistem penyejukan cecair dengan radiator ditempatkan di belakang roda yang berfungsi ‘menyerap’ udara dari depan. Udara itu kemudian digunakan untuk menyejukkan pendingin (coolant) yang mengalir dalam saluran radiator supaya enjin dapat disejukkan.

Radiator Aprilia RSV4
Radiator Aprilia Tuono

Namun, sistem tradisional itu memerlukan saiz radiator lebar kerana umumnya pada posisi tersebut pusuan udara ke radiator dihalang suspensi depan dan roda. Saiz radiator lebih lebar juga menyumbang kepada berat motosikal.

Justeru paten Aprilia terbaharu ini cuba menjadikan komponen pendinginan itu lebih efisien supaya udara dari depan dapat digunakan secekap mungkin untuk menyejukkan radiator.

BACA >>> Aleix Espargaro Sambung Kontrak dengan Aprilia Dua Musim Lagi, Sampai 2022

Berdasarkan gambarajah paten, Aprilia memasang ventilator udara di sisi kiri dan kanan tayar lengkap dengan skup ambilan (intake duct) khas yang terbuka ke depan. Jadi, udara yang masuk ke skup ambilan akan disalurkan ke radiator di belakang. Ini bermakna udara yang disedut dari depan tidak dihalang objek atau komponen seperti gerakan suspensi atau tayar.

Malah, Aprilia turut menghasilkan radiator khas untuk satu ambilan udara di sisi. Jadi jumlah radiator kini bertambah kepada dua unit dalam bentuk  lebih kecil.

Namun, gambarajah rekaan lain tetap menampilkan satu unit radiator besar. Dengan rekaan skup udara khas ini, Aprilia berpendapat udara akan dapat disuapkan lebih efisien untuk menyejukkan coolant dalam radiator.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Radiator?
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Udara Bekerja?

Aprilia Auto Terkini coolant Dokumen Paten Imej Paten paten Paten Aprilia Radiator roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 18/06/2020 11:13

      Nampak mcm x banyak beza sangat kan? mungkin ada membantu, tapi saya rasa perbezaan nya amatlah kecil.
      dan mungkin rekaan 2 radiator akan menambahkan kompleksiti kepada motor, harga dan kos penyelenggaraan mungkin naik.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.