Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Pijak Brek Rasa ‘Kosong’, Cuba Periksa Servo Brek
Autotainment

#ApaNakBuat: Pijak Brek Rasa ‘Kosong’, Cuba Periksa Servo Brek

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/10/201910 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBANYAKAN pemilik kereta kurang peka tentang cara sistem brek bekerja. Hinggalah apabila kaki menginjak pedal brek dan kelajuan kereta tidak beransur perlahan, barulah anda menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

Semua faham sistem brek sangat penting untuk keselamatan sesebuah kenderaan. Namun, apa yang tidak diketahui adalah punca kegagalan sistem brek itu, terutama pada kenderaan berusia, yang disebabkan buster brek kuasa (power brake booster), juga dipanggil servo brek (brake servo)

Komponen itu digunakan untuk membekalkan minyak brek menerusi salur brek untuk memastikan sistem berfungsi baik. Kerosakan servo brek boleh menyebabkan pedal brek rasa ‘kosong’ seakan tiada cengkaman, atau sistem brek rosak sepenuhnya.

Bagaimanakah cara mengenal pasti servo brek bermasalah?

BAGAIMANAKAH SERVO BREK BEKERJA?

Penting untuk kita mengetahui bagaimanakah servo brek pada sistem brek moden hari ini bekerja. Bagi menghentikan kenderaan dengan selamat, ada tiga prinsip saintifik perlu berlaku:

  • Leveraj
  • Tekanan hidraulik
  • Geseran

Setiap tindakan disebutkan itu perlu bekerja bersama untuk menghentikan kenderaan. Servo brek membantu membekalkan tekanan hidraulik yang tepat supaya kaliper brek dapat mengenakan tekanan ke atas rotor brek dan mewujudkan geseran menerusi cengkaman pad brek.

Servo brek turut membantu memberikan daya diperlukan untuk jumlah tekanan yang tepat bagi mewujudkan daya efisien. Ia bekerja dengan menarik kuasa dari vakum yang dihasilkan enjin ketika operasi. Inilah sebab kenapa brek kuasa hanya berfungsi ketika enjin hidup.

Vakumlah menggerakkan kantong dalaman (internal bladder) yang membekalkan daya ke atas salur brek hidraulik. Jika vakum bocor, rosak, atau komponen dalaman servo brek rosak, ia tidak akan berfungsi dengan betul.

BACA>>>#ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

3 CARA PERIKSA KEGAGALAN SERVO BREK

METOD 1: Ujian ke atas servo brek ialah proses yang agak ringkas. Jika sudah mengesyaki komponen itu sebagai punca kegagalan sistem brek kenderaan anda, cuba buat tiga langkah di bawah ini:

  1. Dalam keadaan enjin dimatikan, cuba pam pedal brek beberapa kali. Ini bagi memastikan tiada vakum berbaki dalam servo brek.
  2. Injak pedal brek dengan keras buat kali terakhir, dan biarkan kaki atas pedal brek anda sambil menghidupkan enjin. Jangan lepaskan kaki dari pedal brek.
  3. Jika servo brek dalam kondisi baik, anda akan rasa sedikit respon pada pedal apabila enjin dihidupkan. Ini kerana vakum dalam enjin membekalkan tekanan ke atas servo brek.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?

METOD 2: Jika anda lengkapkan langkah ini dan pedal brek tidak bergerak, itu menandakan servo brek tidak menerima tekanan vakum. Lakukan ini sebagai ujian kedua.

  1. Biarkan enjin hidup beberapa minit.
  2. Matikan enjin, kemudian injak pedal brek perlahan-lahan berulang kali. Apabila mengepam kali pertama, pedal brek sepatutnya dapat diinjak sangat ke bawah atau rendah. Maksudnya, tiada banyak halangan tekanan. Apabila mengepam pedal, tekanan sepatutnya jadi keras yang menandakan servo brek tidak bocor.

METOD 3: Jika semua ujian lulus, ada dua komponen perlu diperiksa:

1. Periksa Injap Periksa Buster: Injap periksa (check valve) terletak pada servo brek. Sila rujuk manual kereta. Anda perlu putuskan hos vakum yang bersambung dengan manifold ambilan (intake manifold) enjin.

Pastikan dinyahsambungkan pada manifold dan bukan servo brek. Jika ia berfungsi baik, udara tidak akan mengalir apabila tekanan dikenakan. Jika udara mengalir dalam kedua-dua arah, atau udara tidak boleh lepas, maka injap sudah rosak dan servo brek perlu diganti.

2. Uji Vakum: Bagi memastikan servo brek berfungsi baik, jumlah minimum tekanan diperlukan. Anda boleh menguji vakum dan mengesahkan ada minimum sekurang-kurangnya 18 inci tekanan vakum dan tiada kebocoran vakum.

Jika masih ragu-ragu atau tiada kesan signifikan, adalah lebih elok rujuk kepada mekanik bertauliah. 😉

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman dan Cara Atasinya

SUMBER: YourMechanic

apanakbuat brek brek booster Brek Rosak brek servo hos brek
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026

    10 Comments

    1. Rizal on 19/02/2020 14:10

      Boleh tak saya dapatkan recommended workshops di Seri Kembangan atau sekitar untuk masalah brek kosong nie?

      Reply
    2. Zaimin on 28/08/2020 01:06

      Ada Ka masalah break booster.apa BilA keadaan jem apa bila menekan break Dengan mendadak enjin Akan mati? Dan Ada Ka itu punca break booster??

      Reply
    3. Nurjan on 30/08/2020 11:56

      Masalah brek kancil tiapkali sayaisi habis dan membuang sampai kering kereta dusa naik 40 kelajuanya apakah puncanya apa perlu fi perbsiki..
      Terimsh kadih

      Reply
    4. zaidie on 30/12/2020 12:46

      saya pn ada masalah brake..apabila berhenti di trafiklight..nk memulakn perjalanan semula..kereta rasa berat..mcm brake tersangkut..kadang2 saya tekan minyak 100+ keatas..tayar kereta akan berdengung..tayar kereta xde bengkak (tayar baru)

      Reply
    5. Mastura on 26/01/2021 01:39

      Smua sistem break saya da tukar barutapi break masih kosong..puas cri punya

      Reply
    6. Mohd yusof bin adnan on 06/12/2021 00:58

      Masalahnya pedal brake kebawah sangat,kenape ye?n16

      Reply
    7. nizam on 11/06/2022 14:35

      Hai tuan…servo break bocor…kena tukar atau boleh repair?kereta gen2 2004 campro manual..

      Reply
    8. Zan on 14/03/2023 23:19

      Kereta saya Brackbrendah ada minyak kotor perlu servis

      Reply
    9. Naomi on 25/07/2023 12:48

      Kalau reverse Saya tekan break keras.. Enjin padam… Tapi enjin Boleh hidup balik.. Kalau Saya angkat pedal break dia juga padam.. Apa masalah ye…

      Reply
      • Azhan O on 26/12/2023 13:37

        Kena tanya bengkel ni.

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.