Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bateri Mati? Jangan Risau, Hidupkan Kereta Anda dengan Tali dan Jek
Autotainment

#ApaNakBuat: Bateri Mati? Jangan Risau, Hidupkan Kereta Anda dengan Tali dan Jek

Han OthmanBy Han Othman12/12/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BATERI kereta mati? Tiada jumper? Badan pula kurang vitamin untuk tolak kereta? Jangan bimbang, anda belum lagi cukup malang. Apa yang diperlukan ialah tali dan jek kereta di belakang but!

Anda mungkin tahu serba serbi tentang kereta, tetapi anda belum tentu tahu apa yang ditunjukkan lelaki bernama Denny dalam video di bawah ini – menghidupkan kereta menggunakan jek dan tali. Ya, jek dan tali!

Kereta diletakkan dalam gear satu dan kunci dalam posisi ‘run’, sebelah tayar depan Denny dijek dan tali dililit mengelilinginya. Dia kemudian menarik tali yang melilit tayar keretanya ke hadapan. Aksi yang dilakukan tidak ubah seperti menghidupkan enjin mesin rumput atau bot tambang. Hasilnya, kereta dapat dihidupkan.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!

PENJELASAN MEKANIKAL

Dari segi mekanikal, apa yang dilakukan Denny ialah tentang simulasi kereta sedang ditolak. Dengan roda pacuan berpusing dalam gear, piston mula bergerak yang menghasilkan cukup mampatan untuk enjin membakar. Apabila kereta mula hidup, alternator boleh mula mengecas semula bateri.

Bagaimanapun, seperti dijelaskan Denny, trik berkenaan cuma berhasil pada kereta manual saja, dan enjin kecil lebih bagus. Ini mungkin mampatan lebih mudah dihasilkan daripada enjin bersesaran kecil. Kereta pula mesti diferensial terbuka bagi memastikan kuasa enjin dihantar kepada roda kurang rintangan ketika satu daripada roda itu sudah dijek. Kereta pula sepatutnya boleh digerakkan ke depan, atau trik itu berkemungkinan besar tidak menjadi.

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan

Apapun, harap pembaca semua tidaklah sampai kepada tahap terdesak begini. Minta saja bantuan orang ramai atau rakan terdekat jika kereta perlu ditolak. Ataupun, telefon saja pihak insurans dan minta mereka hantarkan bateri baharu. Tahu ke tak tahu tu?

apa nak buat autotainment bateri kereta mati kereta tidak dapat dihidupkan tip automobil tip hidupkan kereta habis bateri
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.