Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apakah Hos Penyejuk Minyak (OCH)? Kenapa Penting untuk Kereta Automatik, Turbo?
Autotainment

Apakah Hos Penyejuk Minyak (OCH)? Kenapa Penting untuk Kereta Automatik, Turbo?

Han OthmanBy Han Othman09/12/201813 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH ‘Hos Penyejuk Minyak’ atau ‘Oil Cooler Hose (OCH)’? Kenapa ia sangat penting dalam operasi enjin kereta transmisi automatik atau prestasi tinggi?

OCH sebenarnya bertanggungjawab menjaga transmisi dan minyak enjin kereta anda daripada panas lampau (overheating) membabitkan penggunaan hos, sama ada daripada material getah atau logam, yang dipasang dari radiator ke transmisi dan enjin.

Minyak yang digunakan untuk melincirkan enjin dan transmisi akan mengitar menerusi OCH ke radiator yang kemudian akan disejukkan. Dalam erti kata lain, OCH berfungsi mengelak enjin daripada panas lampau yang berisiko merosakkan enjin dan transmisi kenderaan anda. Anda juga perlu ketahui bahawa setiap kali OCH diganti, pam penyejuk minyak juga sepatutnya diperiksa sama.

BAGAIMANA PROSES SERVIS OCH?

Contoh OCH untuk kereta Volvo.
Contoh OCH daripada material logam pintal.
  • Periksa kebocoran minyak.
  • Periksa OCH.
  • Gantikan set OCH.
  • Periksa kebocoran.

Jadi, anda disarankan supaya memeriksa sistem penyejuk minyak setiap kali rutin penyenggaran dibuat. Ia sepatutnya menjadi tugas mekanik, tetapi adalah bagus juga sekiranya anda turut membuat pemeriksaan sendiri kali kedua terhadap sistem penyejuk minyak setiap kali minyak ditukar.

SIMPTOM BIASA YANG MENANDAKAN OCH PERLU DIGANTI?

  • Kebocoran minyak

ADAKAH PENTING OCH DISERVIS?

contoh-och-transmisi-radiator

Sekali lagi dimaklumkan, sistem penyejuk minyak anda bertanggungjawab menyejukkan minyak dalam enjin dan transmisi. Kitaran minyak (enjin+transmisi) akan melalui OCH sebelum ke radiator, di mana ia disejukkan terlebih dahulu sebelum kembali semula kepada enjin dan transmisi.

Semua proses kitaran itu perlu disejukkan supaya enjin dan transmisi dapat dilincirkan dengan baik. Apabila OCH pecah atau rosak, sudah tentu minyak akan bocor dan terkeluar dari hos serta menjejaskan kitaran sistem. Jadi, enjin dan transmisi kereta anda gagal dilincirkan dengan baik seperti diperlukan yang bukan saja merosakkan dua bahagian utama itu – enjin dan transmisi – tetapi turut menyebabkan masalah pemanasan lampau.

JANGAN LUPA SERVIS DAN BUAT PEMERIKSAAN SENDIRI

Penyelesaian kepada masalah ini bukanlah susah. Anda cuma perlu melakukan penyenggaraan OCH mengikut tempoh ditetapkan pengeluar kereta anda. Anda juga perlu sekali sekala memeriksa sendiri kondisi OCH anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Nampak leceh? Sebenarnya tidak pun, apa kata selepas ini jadikan amalan, sama seperti anda memeriksa air bateri (jika guna bateri basah) dan memantau tekanan angin tayar. Cuma perlu buka enjin dan tengok saja sambil perhatikan jika anda sebarang kebocoran minyak. Jika tiada, tunggu saja tempoh jadual penyenggaraan berkala.

Jika masih rasa malas, mungkin lebih elok anda naik pengangkutan awam saja? Lebih jimat belanja dan tidak perlu keluarkan kos menyenggara. Cuma perlukan sedikit tenaga untuk berjalan. 😀

SUMBER: Your Mechanic

apakah itu hos penyejuk minyak (OCH) autotainment ganti OCH hos penyejuk minyak (OCH) OCH Roda4 servis OCH tip senggara OCH
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026

13 Comments

  1. Mohd. Hamsani Bonah on 18/07/2017 13:12

    Assalam…..saya nk tanya ya ttg OCH nie….saya guna wira auto 1.5….mmg ada nmpk mcm menitik minyak tu. Minyak tu dtg dr gearbox tu ke. Dan klau perlu ganti pun hanya ganti hos tu je kan. Agak2 berapa kos ganti hos tu. Tq.

    Reply
    • ABG GYL on 18/07/2017 13:40

      Untuk makluman, OCH hanya ada pada model yang ada turbo sahaja.

      Reply
    • pakwei on 25/10/2018 13:53

      kah kah kah…tolol kau ni

      Reply
    • Mie on 15/12/2018 16:49

      Wira auto wpon stendet kilang ada hose tu.tgk hose hitam dari gearbox masuk ke radiator.kadang2 hose tu dh lama,dia crack @ dh loose clip hose tu.

      Reply
  2. farid on 18/01/2018 12:58

    Salam bos.berapa harga kos tukar och kt pusat service proton.

    Reply
  3. . on 11/10/2018 14:16

    Pelik kereta proton jer yg ada och untuk enjin turbo lite. Kalau kereta jenama lain takde pulak och pada enjin turbo diorang. Mengada-ngada la proton ni

    Reply
    • ABG GYL on 11/10/2018 14:39

      Abang bagi hang study dulu. Jenama lain ada ja OCH.

      Reply
  4. Aizat on 16/06/2019 15:03

    Sy nk tanya…kalau och nie pecah mnyk menyembur keluar ye….sbb sepupu sy punya exora bold mnyk keluar dr belakang enjin..smpi kering mnyk hitam nya….menyembur dr atas alternator….mohon pencerahan tuan

    Reply
  5. Mokde hulk on 30/06/2019 11:08

    Nak tnye utk exora cps och dia perlu ditukar @ mcm mne kereta dh 4tahun tq membantu

    Reply
  6. Tarmizi on 07/09/2021 11:10

    Kereta exora turbo premium baru beli 5 bulan 14 ribu lebih km..OCH Pecah..
    Kereta sedang bergerak bersembur minyak…berbunyi bhg enjin terus berhenti cek minyak enjin kering..baru servis 21/7/21
    Kereta di bengkel proton…
    Kejadian 05/9/21….
    Mohon pencerahan apa perlu dibuat sebagai pengguna…

    Reply
  7. Kerol on 19/09/2021 10:05

    Kalau tukar tu under warranty. Sc la patut tanggung.

    Reply
    • Abang GYL on 21/09/2021 12:32

      Benar

      Reply
  8. Kerol on 19/09/2021 10:06

    Perlu ke hose tu guna getah..ada kesan ke kalau tak pakai getah (guna yg besi)?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.