Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BUDI95 untuk Rider P-Hailing Naik? PMX Cadang Tambah kepada 250 Liter Sebulan
Auto Terkini

BUDI95 untuk Rider P-Hailing Naik? PMX Cadang Tambah kepada 250 Liter Sebulan

Han OthmanBy Han Othman18/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

rider-p-hailing-bg

BERITA baik buat abang dan kakak rider p-hailing seluruh negara. Kerajaan sedang menimbangkan untuk menaikkan kuota bulanan subsidi RON95 di bawah Budi Madani (BUDI95) daripada 200 liter kepada 250 liter khas untuk golongan penghantar p-hailing.

Perkara itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi ramah mesra di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, semalam.

Anwar berkata, beliau mendengar sendiri keluhan beberapa rider yang hadir pada program tersebut. Walaupun tidak meminta terus, Perdana Menteri mengambil inisiatif selepas memahami beban ditanggung.

Saya dengar rintihan rider, jadi pada mesyuarat Selasa ini saya akan bangkitkan perkara ini untuk dibincangkan, sebab mereka (rider p-hailing) hanya dapat 200 liter, sama macam kita yang lain.

“Saya akan ingatkan Fahmi (Datuk Fahmi Fadzil) nanti, dan kita akan cari jalan untuk tambah sekurang-kurangnya 50 liter lagi, jadikan 250 liter,” katanya.

Kuota Pernah 300 Liter, Dikurangkan April Lalu

Logo BUDI95

Sebagai rekod, kuota BUDI95 sebelum ini ditetapkan pada 300 liter sebulan. Namun, bermula 1 April lalu, Kerajaan mengurangkannya kepada 200 liter sebulan sebagai langkah pengurusan perbelanjaan subsidi bahan api di tengah konflik di Timur Tengah yang memberi kesan kepada harga minyak global.

Cadangan kenaikan terbaharu itu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap peranan rider p-hailing sebagai pekerja gig yang bergantung sepenuhnya kepada motosikal untuk mencari rezeki. Dengan perbatuan harian tinggi, kuota 200 liter sebelum ini dianggap tidak mencukupi kebanyakan penggiat industri.

Perdana Menteri menegaskan perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dijadualkan Selasa ini untuk perbincangan lanjut.

Bukan Sekadar Minyak: RM1 Juta untuk Baik Pulih PPR

Perdana Menteri, Datuk' Seri Anwar Ibrahim santuni warga PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau, Johor

Dalam majlis sama, Anwar turut mengumumkan kelulusan segera peruntukan RM1 juta bagi kerja baik pulih segera di PPR Taman Desa Mutiara.

Saya luluskan RM1 juta dulu buat masa ini, dan saya harap komuniti PPR dapat berjumpa dengan Jimmy Puah (Ahli Parlimen Tebrau) segera untuk bincang apa yang perlu diutamakan.”

“Paling kurang untuk perkara mendesak, kalau ada yang rosak seperti pintu dan sebagainya, kita akan lakukan pembaikan,” katanya.

Beliau turut mengarahkan pegawainya mempercepatkan bantuan membaiki kemudahan tandas yang rosak di Sekolah Bukit Mutiara selepas isu itu dibangkitkan penduduk setempat.

Langkah menaikkan kuota BUDI95 ini, jika diluluskan, dijangka memberi sedikit kelegaan kepada ribuan rider p-hailing yang terkesan dengan kos sara hidup dan operasi harian.

Apa pendapat anda? Adakah 250 liter sebulan sudah mencukupi untuk rider p-hailing? Kongsikan di ruangan komen.

SUMBER TheStar

Anwar Ibrahim Auto Terkini Budi Madani BUDI95 harga minyak kuota RON95 MTEN p-hailing Malaysia rider p-hailing Subsidi Petrol
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

08/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

07/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.