Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dua Jet Pejuang Bertembung Di Idaho, Semua Kru Terselamat
Auto Terkini

Dua Jet Pejuang Bertembung Di Idaho, Semua Kru Terselamat

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam18/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SATU insiden cemas berlaku ketika acara pertunjukan udara di Idaho, Amerika Syarikat apabila dua jet pejuang Tentera Laut AS dilaporkan bertembung di udara sebelum terhempas.

Bagaimanapun, kesemua kru berjaya menyelamatkan diri selepas menggunakan payung terjun sebelum pesawat terjunam ke kawasan berhampiran Pangkalan Tentera Udara Mountain Home.

Pertunjukan Udara Bertukar Cemas

Pihak penganjur acara Gunfighter Skies mengesahkan kemalangan itu berlaku ketika demonstrasi penerbangan sedang berlangsung.

Menurut kenyataan rasmi, pasukan kecemasan terus dikerahkan ke lokasi kejadian dan siasatan segera dimulakan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden. Kejadian tersebut berlaku kira-kira tiga kilometer dari pangkalan udara berkenaan yang terletak di Idaho, barat laut Amerika Syarikat.

Footage of the mid air collision between a pair of Navy Super Hornets/Growlers during the Gunfighter Skies Air Show at Mountain Home Air Force Base moments ago. pic.twitter.com/yQqPavmSWk

— OSINTtechnical (@Osinttechnical) May 17, 2026

Video Tular Tunjuk Detik Perlanggaran

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan kedua-dua jet pejuang itu bertembung ketika melakukan aksi udara sebelum hilang kawalan. Pesawat kemudian dilihat berpusing di udara sebelum terhempas ke tanah dan mencetuskan letupan besar bersama kepulan asap hitam.

Dalam masa sama, empat payung terjun turut kelihatan turun perlahan-lahan dipercayai melibatkan semua kru yang berada dalam kedua-dua pesawat. Laporan media tempatan menyatakan semua anggota berjaya keluar dengan selamat sebelum nahas berlaku.

Jet EA-18G Growler Terlibat Dalam Nahas

Difahamkan, pesawat yang terlibat ialah dua jet pejuang EA-18G Growler milik Tentera Laut Amerika Syarikat.
Model tersebut merupakan varian peperangan elektronik yang dibangunkan berasaskan platform Boeing F/A-18

Super Hornet dan digunakan untuk operasi gangguan radar serta sokongan tempur moden.
EA-18G Growler menggunakan dua enjin turbofan yang menghasilkan kuasa lebih 19,950kg tujahan gabungan dan mampu terbang melebihi 1,900kmj. Jet itu juga terkenal sebagai antara aset peperangan elektronik paling canggih digunakan tentera Amerika ketika ini.

Pertunjukan Udara Terus Dibatalkan

Susulan kejadian itu, pertunjukan udara terbabit dilaporkan dibatalkan serta-merta bagi memberi laluan kepada operasi keselamatan dan siasatan. Pangkalan udara tersebut turut diletakkan dalam situasi kawalan keselamatan sementara ketika pasukan kecemasan menjalankan kerja-kerja pemantauan di lokasi.

Untuk rekod, acara Gunfighter Skies merupakan pertunjukan udara yang kembali dianjurkan selepas kali terakhir berlangsung pada 2018. Sebelum ini, acara sama pernah mencatatkan kemalangan maut melibatkan seorang juruterbang peluncur gantung beberapa tahun lalu.

Siasatan Masih Berjalan

Setakat ini, pihak Tentera Laut AS masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca sebenar perlanggaran tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu sekali lagi mengingatkan bahawa pertunjukan aerobatik udara tetap mempunyai risiko tinggi walaupun dikendalikan oleh juruterbang berpengalaman dan pesawat berteknologi moden.

SUMBER: Berita Harian

Amerika Syarikat Dua Jet Pejuang Gunfighter Skies insiden cemas Jet EA-18G Growler Jet Pejuang Pangkalan Tentera Udara Mountain Home Pertunjukan Udara Tentera Laut AS video tular
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.