Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group
Auto Terkini

Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

Abang HirataBy Abang Hirata16/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW memperkenalkan Vision BMW ALPINA di Concorso d’Eleganza Villa d’Este 2026 sebagai model kajian reka bentuk yang menandakan permulaan era baharu untuk ALPINA di bawah BMW Group.

Model itu dibangunkan dengan gabungan falsafah prestasi, keselesaan dan kemewahan yang selama ini menjadi identiti ALPINA.

BMW menjelaskan Vision BMW ALPINA menjadi gambaran bagaimana jenama itu akan bergerak ke hadapan dengan pendekatan moden tanpa meninggalkan identiti asalnya.

Ketua BMW Group Design, Adrian van Hooydonk berkata ALPINA sentiasa membawa idea prestasi unik dengan keseimbangan antara kelajuan dan keselesaan dan BMW kini bertanggungjawab memastikan identiti itu terus dikekalkan dalam era moden.

Rekaan luaran

Vision BMW ALPINA tampil dengan rekaan lebar, rendah dan agresif bersama garis bumbung coupé panjang dan condong yang masih mampu memuatkan empat penumpang dalam keadaan selesa.

Bahagian hadapan menggunakan rekaan shark nose moden dengan gril buah pinggang tiga dimensi, manakala sisi badan pula menampilkan speed feature line enam darjah yang bermula dari bucu bawah hadapan sebelum bersambung hingga ke belakang.

BMW turut mengekalkan beberapa identiti tradisional ALPINA seperti:

  • Deco line moden yang dicat di bawah lapisan clear coat
  • Empat muncung ekzos berbentuk bujur
  • Logo ALPINA daripada logam berkilat yang dimesin pada bahagian bawah apron depan
  • Rim 20 jejari ALPINA bersaiz 22 inci depan dan 23 inci belakang
  • Lampu nyalaan siang hari tona putih hangat diinspirasikan daripada cahaya pagi di Banjaran Alps Bavaria
  • Lampu dengan elemen kristal bercahaya potongan tepat

Selain itu BMW juga menggunakan konsep Second Read pada model ini dengan elemen rekaan halus yang hanya jelas apabila dilihat lebih dekat termasuk kemasan logam gelap, grafik tersembunyi dan pencahayaan lembut pada bahagian tertentu.

Permukaan dalaman shark nose turut menggunakan grafik deco line halus bersama pencahayaan perimeter tersembunyi yang hanya muncul apabila sistem diaktifkan.

Trenkuasa

Vision BMW ALPINA menggunakan enjin V8 dengan talaan khas ALPINA.

BMW menyatakan talaan itu menghasilkan karakter bunyi tersendiri dengan nada lebih dalam pada kelajuan rendah dan lebih lantang pada putaran tinggi.

Falsafah utama ALPINA juga masih dikekalkan menerusi pendekatan bahawa pemandu yang selesa mampu memandu lebih pantas, satu falsafah yang berasal daripada pengasas ALPINA, Burkard Bovensiepen.

Antara ciri utama termasuk:

  • Mod Comfort+ dengan talaan lebih lembut daripada mod Comfort biasa BMW
  • BMW Panoramic iDrive bersama skrin penumpang baharu
  • Antara muka digital khas BMW ALPINA
  • Paparan BMW Panoramic Vision dengan warna biru dan hijau warisan ALPINA
  • Grafik latar belakang berdasarkan pemandangan sebenar Banjaran Alps yang dapat dilihat dari Buchloe apabila memandang ke arah selatan

Kabin dan kemasan dalaman

Kabin Vision BMW ALPINA direka dengan pendekatan seni bina moden menggunakan susun atur yang memisahkan setiap elemen secara tersendiri dan bukannya digabungkan secara homogen.

Garis speed feature line enam darjah dari bahagian luar turut diteruskan ke dalam kabin bagi memisahkan bahagian atas yang lebih gelap dan bahagian bawah yang lebih cerah.

Bahagian dalaman menggunakan kulit penuh daripada pengeluar di kawasan Alps bersama jahitan diinspirasikan daripada deco line ALPINA.

BMW turut menggunakan teknik kemasan seperti pembuatan jam tangan pada komponen logam dengan gabungan permukaan satin dan berkilat.

Beberapa elemen unik turut diberikan perhatian seperti jahitan khas diinspirasikan daripada teknik jahitan stereng klasik menggunakan warna biru dan hijau warisan ALPINA.

Turut unik, kristal potongan tepat pada kawalan utama pemanduan.

Warisan dan hala tuju baharu ALPINA

ALPINA diasaskan pada 1965 di Buchloe, Jerman oleh Burkard Bovensiepen yang meninggalkan perniagaan mesin taip keluarganya untuk memberi fokus kepada talaan prestasi tinggi model BMW jalanan dan perlumbaan.

Bermula 2026, BMW ALPINA rasmi menjadi jenama eksklusif di bawah BMW Group.

Sejak awal, falsafah ALPINA adalah menggabungkan kelajuan dan keselesaan dalam satu pakej tanpa mengorbankan mana mana aspek tersebut.

Alpina B7 Coupé berasaskan BMW E24 6 Series (hujung 1970-an) menjadi titik penting dalam sejarah jenama itu apabila konsep prestasi dan kemewahan digabungkan dalam sebuah model mewah.

Model itu menampilkan bonet panjang, rekaan lebar dan shark nose dengan kabin yang mampu membawa empat penumpang dalam keadaan selesa untuk perjalanan jarak jauh.

Ketua BMW ALPINA, Oliver Viellechner berkata ALPINA kini mengisi ruang antara BMW dan Rolls Royce dalam portfolio BMW Group, khususnya dalam segmen mewah premium.

BMW turut mengesahkan model produksi pertama BMW ALPINA baharu akan diperkenalkan tahun depan dengan inspirasi daripada BMW 7 Series tetapi masih mengekalkan identiti tersendiri sebagai BMW ALPINA.

ALPINA BMW BMW ALPINA Vision BMW ALPINA
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.