Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Android Auto Tawar Ciri ‘Ok Google’, Tidak Perlu Lagi Sentuh Skrin
Autotainment

Android Auto Tawar Ciri ‘Ok Google’, Tidak Perlu Lagi Sentuh Skrin

Han OthmanBy Han Othman19/12/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ok-google-android-auto-bg
SELEPAS dilancarkan tahun lalu, Google kini menambah ciri baharu pada Android Auto, iaitu ‘Ok Google‘ yang pastinya memudahkan lagi komunikasi pemandu ketika sedang memandu. Ciri Ok Google membolehkan sistem diarahkan, misalnya memainkan muzik atau membuat carian navigasi, dengan hanya menggunakan arahan suara.

Ini bermakna, anda tidak perlu lagi menyentuh skrin paparan infotainment atau telefon pintar untuk mula bercakap dengan pembantu Google. Ciri baharu ini mungkin nampak kecil sahaja, tetapi cukup berguna kepada pemandu. Tidak kira sama ada anda mahu menukar senarai lagu, mengetahui laporan cuaca semasa, membuat carian Google Maps atau menyelesaikan perdebatan – tentang berapa umur Perdana Menteri dan sebagainya – kini anda boleh melakukan semua itu tanpa melepaskan tangan daripada roda stereng. Mudah bukan?

https://c.slashgear.com/wp-content/uploads/2015/07/Android-Auto_Honda-980x420.jpg

APA ITU ANDROID AUTO?

Buat mereka yang belum tahu, Android Auto ialah perisian automobil yang dibangunkan Google bagi membolehkan pemandu berkomunikasi dengan peranti mudah alih seperti telefon pintar dengan sistem operasi Android (versi 5.0 Lollipop dan terkini). Perisian itu boleh dihubungkan dengan unit infotainment sedia ada dalam kereta atau digunakan terus menerusi telefon pintar pemandu – seperti anda menggunakan perisian navigasi Waze. Pastikan anda menggunakan pemegang khas jika unit berasingan.

ok-google-android-auto
Ciri Ok Google diumumkan di Google I/O dekat San Francisco, California dan masih terhad kepada pengguna tertentu sahaja. Jadi anda perlu sabar menunggu. Seperti dimuat naik dalam Google+, aplikasi ini sepatutnya siap sedia digunakan setiap pemandu yang memiliki perisian Android Auto dalam kereta mereka. Google juga mengumumkan sedang membangunkan integrasi Android Auto dengan aplikasi Waze.

SUMBER: Autoblog.com

Android Auto autotainment Google infotainment Ok Google perisian automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.