Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ahmad Maslan: 300k Pelajar Tidak Lanjut Pengajian Selepas SPM, Pilih Kerja e-Hailing, Kilang
Auto Terkini

Ahmad Maslan: 300k Pelajar Tidak Lanjut Pengajian Selepas SPM, Pilih Kerja e-Hailing, Kilang

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize29/05/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STATISTIK merekodkan hanya 40 peratus daripada 500,000 lepasan SPM melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam, institusi pengajian tinggi (IPT) atau TVET setiap tahun yang mana sekitar 300,000 daripada jumlah tersebut tidak melanjutkan pelajaran.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi berkemungkinan besar menyertai sektor pekerjaan, terutama perkilangan dan perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan, atau e-hailing, sekali gus menambah bilangan golongan B40 dalam negara.

Baki 300,000 itu mungkin bekerja dalam sektor kilang atau e-hailing dan terus menambah jumlah penduduk dalam kumpulan B40 di negara ini,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika membangkitkan kepentingan pelajar menengah dalam negara didedahkan kepada ilmu keusahawanan sejak di peringkat sekolah.

Tidak mahu situasi itu berterusan, beliau berkata ilmu keusahawanan perlu dijadikan subjek teras sekolah menengah untuk melahirkan usahawan berpendapatan tinggi dengan mengumumkan peruntukan RM150,000 daripada Kementerian Kewangan untuk Belia 4B menjalankan program berkaitan keusahawanan kepada kumpulan sasar.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan kajian yang mendapati 97.71 peratus pekerja gig dalam perkhidmatan e-hailing adalah daripada golongan belia berusia 15-30 tahun, manakala baki ialah dewasa lebih 60 tahun.

Maklumat pekerjaan dan pendapatan mendapati 73.98 peratus pekerja perkhidmatan itu menjadikan kerjaya tersebut sebagai sumber pendapatan utama, manakala 70.35 peratus pula menjadikannya sebagai pekerjaan utama.

Kajian DOSM juga mengenal pasti 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja perkhidmatan itu ialah pelajar.

Ahmad kemudian mencadangkan kurikulum sekolah menengah diubah dengan memasukkan subjek keusahawanan dan dijadikan subjek bersendiri sebagaimana subjek lain untuk kurikulum Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Ini kerana usahawan perlu mempunyai ilmu perniagaan lebih meluas dan kaedah pemasaran efektif bagi mencapai kejayaan. Lebih ramai usahawan, lebih mudah sesebuah negara itu maju,” katanya.

BACA >>> Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing
BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Mahu Pertingkat Keselamatan P-Hailing

SUMBER: BHarian

Ahmad Maslan Auto Terkini belia e-Hailing Food Panda grab kerja kilang lepasan SPM P-Hailing Pelajar Penghantar Makanan timbalan menteri kewangan
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026

    1 Comment

    1. Syafiq on 30/05/2023 00:46

      E-hailing ni sebenarnya okay untuk short term ja. Long term plan memang tak sesuai. Nanti dah tua, badan dah tak fit nak lenjan cari duit.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.