• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ahmad Maslan: 300k Pelajar Tidak Lanjut Pengajian Selepas SPM, Pilih Kerja e-Hailing, Kilang

Ahmad Maslan: 300k Pelajar Tidak Lanjut Pengajian Selepas SPM, Pilih Kerja e-Hailing, Kilang

May 29, 2023 By Sharil 1 Comment

FacebookTwitter


STATISTIK merekodkan hanya 40 peratus daripada 500,000 lepasan SPM melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam, institusi pengajian tinggi (IPT) atau TVET setiap tahun yang mana sekitar 300,000 daripada jumlah tersebut tidak melanjutkan pelajaran.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi berkemungkinan besar menyertai sektor pekerjaan, terutama perkilangan dan perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan, atau e-hailing, sekali gus menambah bilangan golongan B40 dalam negara.

Baki 300,000 itu mungkin bekerja dalam sektor kilang atau e-hailing dan terus menambah jumlah penduduk dalam kumpulan B40 di negara ini," katanya.

Ahmad berkata demikian ketika membangkitkan kepentingan pelajar menengah dalam negara didedahkan kepada ilmu keusahawanan sejak di peringkat sekolah.

Tidak mahu situasi itu berterusan, beliau berkata ilmu keusahawanan perlu dijadikan subjek teras sekolah menengah untuk melahirkan usahawan berpendapatan tinggi dengan mengumumkan peruntukan RM150,000 daripada Kementerian Kewangan untuk Belia 4B menjalankan program berkaitan keusahawanan kepada kumpulan sasar.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan kajian yang mendapati 97.71 peratus pekerja gig dalam perkhidmatan e-hailing adalah daripada golongan belia berusia 15-30 tahun, manakala baki ialah dewasa lebih 60 tahun.

Maklumat pekerjaan dan pendapatan mendapati 73.98 peratus pekerja perkhidmatan itu menjadikan kerjaya tersebut sebagai sumber pendapatan utama, manakala 70.35 peratus pula menjadikannya sebagai pekerjaan utama.

Kajian DOSM juga mengenal pasti 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja perkhidmatan itu ialah pelajar.

Ahmad kemudian mencadangkan kurikulum sekolah menengah diubah dengan memasukkan subjek keusahawanan dan dijadikan subjek bersendiri sebagaimana subjek lain untuk kurikulum Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Ini kerana usahawan perlu mempunyai ilmu perniagaan lebih meluas dan kaedah pemasaran efektif bagi mencapai kejayaan. Lebih ramai usahawan, lebih mudah sesebuah negara itu maju," katanya.

BACA >>> Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing
BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Mahu Pertingkat Keselamatan P-Hailing

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Maslan, Auto Terkini, belia, e-Hailing, Food Panda, grab, kerja kilang, lepasan SPM, P-Hailing, Pelajar, Penghantar Makanan, timbalan menteri kewangan

Comments

  1. Syafiq says

    May 30, 2023 at 12:46 AM

    E-hailing ni sebenarnya okay untuk short term ja. Long term plan memang tak sesuai. Nanti dah tua, badan dah tak fit nak lenjan cari duit.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev