Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing
Auto Terkini

Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize11/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENDAPATAN penunggang perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing) akan dikawal selia Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam usaha menangani isu manipulasi atau penindasan pendapatan pekerja.

Ini selaras Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang diluluskan dengan lebih suara bersetuju hari ini selepas dibahaskan sembilan senator di Dewan Negara, semalam.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pindaan ke atas Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu Akta 715 bertujuan memperuntuk keputusan Kerajaan melibatkan pengawalseliaan perkhidmatan kenderaan barangan seperti penggunaan motosikal yang disediakan menerusi perniagaan pengantaraan perkhidmatan p-hailing.

Isu mengenai manipulasi pendapatan pekerja p-hailing ini memang kita ambil maklum dan ini juga menjadi perkara asas mengapa Kerajaan ambil keputusan mengawal selia industri ini,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian itu di persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Hasbi berkata, RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 mengandungi enam fasal.

Sementara itu, persidangan Dewan Negara hari ini juga meluluskan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 yang bertujuan meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

RUU itu antara lain memperuntuk kenderaan p-hailing sebagai kenderaan barangan yang tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan.

Hasbi ketika menggulung RUU berkata, Kementerian Pengangkutan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sudah merangka satu draf kurikulum atau silibus pembelajaran untuk penunggang p-hailing mendapatkan lesen vokasional.

Antara skop utama akan dimasukkan adalah memahami perbezaan risiko sebagai penghantar berbanding pengguna biasa… dan keperluan untuk lebih berhati-hati di jalan raya, memahami dan meramal bahaya di jalan raya sebagai seorang penghantar (dan) mengingati konsep asas tunggangan selamat atau ikhtisar modul asas Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ),” katanya.

Beliau berkata lagi, kursus itu boleh ditawarkan institut memandu (IM) dan syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing, tetapi akan dipantau dan dikawal selia sepenuhnya JPJ, manakala kadar fi bagi mendapatkan lesen itu hanya diputuskan selepas punca kuasa perundangan ditetapkan.

BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Mahu Pertingkat Keselamatan P-Hailing
BACA >>> Menteri: Lesen Vokasional Khas untuk P-Hailing Bukan Macam GDL, Tak Perlu Puspakom

SUMBER: Bernama

APAD Foodpanda Grab Food Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) MoT P-Hailing Rider
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.