Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»9 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Jaket Beg Udara AIRSAV (Buatan Malaysia)
Autotainment

9 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Jaket Beg Udara AIRSAV (Buatan Malaysia)

AryonBy Aryon16/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM beg udara sudah mula diperkenalkan dalam industri automotif sejak 1950-an lagi yang bertujuan meminimumkan impak perlanggaran, sekali gus mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya. Kini, penciptaan beg udara digunakan secara meluas seluruh dunia, termasuk dijadikan ciri asas sistem keselamatan sesebuah kenderaan.

Beg udara yang direka khas untuk penunggang motosikal juga bukan lagi perkara baharu. Kami juga pernah menyiarkan satu artikel tentang helmet beg udara yang dibangunkan syarikat di Sweden, Hövding. Helmet beg udara itu didatangkan dalam bentuk kolar khas yang perlu diikat sekeliling leher dan akan menggelembung menutupi kepala pengguna apabila berlaku perlanggaran. Begitu juga jaket beg udara berjenama import yang berharga mahal di pasaran.

BACA >>> Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang

Kali ini lebih menarik, sebuah syarikat tempatan negara kita turut merekabentuk jaket beg udara, dinamakan AIRSAV, yang direka khusus buat penunggang motosikal. Berikut perkara menarik lain tentang jaket AIRSAV buatan Malaysia ini:

1. BUATAN MALAYSIA 100 PERATUS

Jaket AIRSAV adalah buatan Malaysia sepenuhnya dan dibangunkan sepasukan anak muda tempatan yang memang menumpukan kepada pembuatan produk jaket beg udara untuk keselamatan motosikal.

2. KEUPAYAAN PERLINDUNGAN PANTAS

Jaket dalam kondisi asal.
Ketika beg udara mengembung.
Beg udara mengembung sepenuhnya.

Jaket AIRSAV mampu mengembung sempurna dalam tempoh 0.15 – 0.33 saat ketika kemalangan berlaku untuk memberikan ekstra perlindungan kepada penunggang motosikal. Antara bahagian anggota badan dilindungi ialah leher, dada, tulang belakang, pinggul dan organ-organ dalaman.

Pengarah Urusan, Savadvance, Syahir Nawati berkata, sama seperti jaket keselamatan motosikal lain, AIRSAV juga mampu mengurangkan geseran akibat terjatuh, dengan ciri keselamatan tambahan bagi meminimumkan impak perlanggaran.

3. GAYA SEPERTI JAKET BIASA

Dalam keadaan normal, rupa jaket AIRSAV adalah sama seperti jaket biasa lain dan mudah pula digayakan. Ada 5 gaya jaket boleh dipilih mengikut cita rasa anda. Model AS-010MV misalnya, direka dalam bentuk jaket vest (tanpa lengan), berserta reflektor cahaya di depan dan belakang, dan sesuai dipakai bersama kemeja-T, jaket dan baju hujan biasa.

4. SESUAI BUAT SEMUA PENUNGGANG

Jaket AIRSAV bukan direka khas untuk kelompok penunggang tertentu sahaja, tetapi disasarkan kepada semua kumpulan pemilik motosikal. Sekecil jentera kapcai sehingga motosikal berkuasa besar dengan sesaran enjin lebih 250cc. Malah, termasuk penunggang kuda juga.

5. MEKANIKAL GUNA SISTEM PAUTAN



Jaket AIRSAV menggunakan sistem mekanikal yang memerlukan pengguna memautkan wayar (wire tether) pada frem motosikal atau bawah pelana sebelum disambungkan kepada sistem pengaktifan.

Sistem kekunci bola (ball key) yang dipasang pula hanya akan terpisah automatik daripada sistem pengaktifan apabila berlaku daya tarikan atau rentapan lebih 20kg. Maknanya, jaket AIRSAV hanya mengembung apabila kemalangan berlaku dan pengguna tidak perlu bimbang sekiranya terlupa melepaskan klip ketika turun motosikal.

6. MATERIAL SPESIFIKASI TINGGI

Selain kepantasan pengembungan, jaket AIRSAV dihasilkan menggunakan fabrik poliester 600D yang ringan, tahan lasak, dan kalis air, serta mendapat persijilan CE (European Conformity). Produk AIRSAV memang berkualiti tinggi dan setanding pembuatan jaket berjenama mahal di pasaran.

7. PELBAGAI REKAAN, SAIZ & WARNA

Ada pelbagai rekaan, saiz dan warna boleh dibeli mengikut cita rasa dan kesesuaian tubuh si penunggang.

  • SAIZ: S – XXL
  • REKAAN: Ada 5 rekaan (AS-010MV, AS-011MV, AS-013MJ, AS-014HV, AS-015HV)
  • WARNA: Ada 5 warna (jingga, cokelat, biru, hitam, putih, merah)

8. BEG UDARA BOLEH GUNA SEMULA

Inilah antara kelebihan jaket AIRSAV, produk ini boleh digunakan semula berulang kali dengan hanya menukar katrij berharga RM70 pada sistem pengaktifan selepas udara dalam jaket keluar sepenuhnya sekitar 5 minit selepas digunakan.

9. HARGA MENARIK

Jaket AIRSAV boleh dimiliki pada harga RM1,599, tetapi sepanjang Disember ini, anda boleh dapatkan produk ini pada harga promosi, RM1499 sahaja! Namun, jika pembelian berkumpulan melebihi 10 unit, anda akan diberikan harga istimewa berserta logo custom. Tunggu apa lagi?

Setiap pembelian juga akan diberikan waranti selama 12 bulan untuk fungsi pencetusan (triggering). Kartrij beg udara isian semula pula dijual pada harga RM70 seunit.

Keterangan dan maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi AIRSAV di pautan Air-Sav.com atau laman Facebook AIRSAV.

GALERI
Jaket dalam kondisi asal.
Beg udara mengembung sepenuhnya.
Ketika beg udara mengembung.
AIRSAV autotainment jaket beg udara jaket motosikal roda2 Savadvance
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.