• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Helmet Beg Udara - Ciri Keselamatan Baharu Kenderaan Dua Roda Masa Depan?

Helmet Beg Udara - Ciri Keselamatan Baharu Kenderaan Dua Roda Masa Depan?

September 18, 2016 By Aryon 3 Comments

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HELMET beg udara bukanlah perkara baru jika anda mengikuti perkembangan teknologi keselamatan kenderaan. Aksesori keselamatan itu dibangunkan pengeluar Sweden, Hövding sejak 2010 dalam bentuk kolar bergelembung yang diikat sekeliling leher, seperti kolar jaket perintang angin (windbreaker) yang menyimpan hud kepala di dalamnya.

Dalam video keterangan di bawah, Hövding mendakwa helmet beg udara buatannya lebih selamat berbanding helmet tradisional. Buktinya, produk itu dilengkapi 200 sensor sekeliling hud bagi mengesan sebarang pergerakan akibat impak, sebelum mengembungkan beg udara dalam masa 1/10 saat. Malah, video berkenaan turut menunjukkan bagaimana produk mereka diuji dan diberikan penarafan.

BACA >>> AGV Tawar Program Tukar Helmet Lama (Sebarang Jenama), Dapat Diskaun Helmet Baru!

Berdasarkan ujian perlanggaran dilakukan syarikat insurans Sweden, Folksam, helmet Hövding mempunyai kapasiti penyerapan hentakan tiga kali ganda berbanding helmet tradisional, sekali gus memberikan tahap perlindungan lebih baik terhadap risiko kecederaan serius.

Bagi helmet tradisional dalam jenis kemalangan ini, kecederaan kepala serius adalah kira-kira 90 peratus, manakala risiko kecederaan maut setinggi 30 peratus. Penggunaan helmet beg udara dalam kemalangan sama pula secara dramatik mengurangkan risiko kecederaan kepala serius kepada hanya 2 peratus, manakala risiko kecederaan maut hampir tiada.

Disenaraikan bersama maklumat berkenaan (boleh lihat carta interaktif dalam laman web) ialah testimoni oleh pakar keselamatan Folksam dan agensi wakil pengguna Sweden yang mendakwa teknologi tersebut mampu menjadi penanda aras baharu bagi keselamatan kenderaan dua roda.

Hövding ialah perkara terbesar sejak munculnya helmet sikal dan menjadi penanda mula seperti mana ketika beg udara dibangunkan untuk kereta."
- MARIA KRAFFT, Ketua Divisyen Keselamatan Lalu Lintas & Alam Sekitar di Folksam

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Memilih Helmet yang Sesuai dengan Saiz Kepala?

Artikel Berkaitan

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, beg udara sikal. teknologi keselamatan sikal, Folksam, helmet, helmet beg udara, Hövding, teknologi automotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my