• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang

Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang

February 12, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


BANYAK yang didebatkan mengenai beg udara motosikal. Honda pernah memperkenalkan beg udara yang dipasangkan pada papan pemuka GL1800 Goldwing, tetapi terpaksa dipanggil balik selepas dikesan mengalami kegagalan komponen.

Dainese dan Alpinestars turut menghasilkan beg udara dalam bentuk jaket, tetapi tidak memberikan perlindungan kepada bahagian kaki.

BACA >>> Yamaha Patenkan Beg Udara Skuter untuk Kurangkan Risiko Cedera

Terbaharu, satu syarikat start-up mendakwa menghasilkan sistem beg udara paling lengkap yang dipasangkan dalam pelana motosikal. Fungsinya, apabila berlaku kemalangan, penunggang akan diselubung banyak beg udara, seperti beg tidur (sleeping bag), yang mengembung daripada pelana yang akan ditanggalkan ketika terjatuh atau tercampak dari motosikal.

Ia sama seperti pelana jet pejuang, bezanya versi motosikal ini ditendang keluar secara automatik.

beg-udara-pelana-tanggal-2
beg-udara-pelana-tanggal-3
beg-udara-pelana-tanggal-1

Menurut pasukan pereka, beg udara mengembung hanya sekiranya motosikal bergerak pada kelajuan tertentu, yang mana sensor gerak dan giroskop akan mengesan reaksi nyahpecutan mengejut, pecutan (jika dilanggar dari belakang) atau kehilangan keseimbangan yang tidak dapat dikawal penunggang.

Sistem tali akan memastikan pelana akan sentiasa bersama penunggang, termasuk memastikan beg udara dapat membalut tubuh depat tepat dan cepat. Ia juga secara automatik akan tertanggal dalam perlanggaran yang tidak cukup teruk (bagi membolehkan penunggang melompat dari motosikal) atau jika penunggang cuba berdiri ketika motosikal berhenti.

BACA >>> Helmet Beg Udara - Ciri Keselamatan Kenderaan Dua Roda Masa Depan?

Bagaimanapun, rekacipta baharu itu mendapat pelbagai respon netizen.

"Idea yang hebat jika kau pergi trip berkhemah! Minum (arak) sebelum pergi, cari kawasan perkhemahan, tarik brek kuat-kuat... Tada!!!. Kau sekarang atas tilam!

Ada juga mendakwa ciri keselamatan itu memberi idea kepada pencuri motosikal.

"Ini mudahkan pencuri ambil motor kau. Tolak kau, dan kau tak boleh buat apa, cuma marshmallow gergasi yang mampu pandang motor kau dibawa lari."

Hmmm... macam-macam hal. Layan dulu video demo simulasi.

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, autotainment, beg udara, Beg Udara Motosikal, keselamatan motosikal, rekacipta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my