Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»9 Fakta Pantas | Honda HR-V Baharu Sedia Ditempah, Varian RS Diperkenal
Roda4

9 Fakta Pantas | Honda HR-V Baharu Sedia Ditempah, Varian RS Diperkenal

Han OthmanBy Han Othman12/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini membuka tempahan untuk HR-V baharu di semua pengedar Honda seluruh negara, termasuk memperkenalkan varian baharu, RS.

Sejak diperkenalkan pada 2015, HR-V mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan Malaysia dan kekal tiga tahun berturut-turut sebagai kereta paling laris dalam segmen kenderaan pelbagai guna (SUV) subkompak. Menurut Honda, lebih 72,000 unit HR-V terjual setakat Jun 2018, dan menjadi model Honda kedua paling laris di Malaysia yang menyumbang 16 peratus daripada keseluruhan jualan setakat bulan lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyampaikan penghargaan kepada pembeli Malaysia atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.

“Kami dapat banyak tempahan sepanjang tempoh sifar GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), Jun lalu. Disebabkan banyak tempahan, tempog menunggu untuk mmodel Honda tertentu ialah antara 3 hingga 4 bulan. Semestinya Honda Malaysia bekerja keras untuk menghantar kenderaan baharu itu kepada semua pemilik.

“Kami percaya HR-V baharu ini mampu menarik minat pelanggan yang mahukan penampilan sporty. Peningkatan dari segi luaran, ciri dan keselamatan menjadikan model ini pakej sempurna kepada mereka,” katanya.

Apa menarik tentang HR-V baharu? Sekarang kita baca 9 fakta pantas ini:

1. HR-V baharu dikuasakan enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang dipacu Transmisi Variabel Berterusan (CVT) dengan teknologi Earth Dreams yang memberikan keseimbangan bagi prestasi dan kecekapan bahan api.

2. Varian RS menampilkan perubahan rekabentuk luaran yang lebih ekspresif dan sporty dengan rekaan Honda’s Signature, konsep Solid Wings Face dan set lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED, lampu kabus LED dan lampu pandu LED Kombi Belakang

3. Varian RS turut datang dengan rim aloi dua-tona 18 inci, gril depan sport, dan bampar depan dan belakang baharu. Aspek perincian juga diperbaharui seperti hendal pintu krom gelap, kemasan plat krom hitam, sil sisi hitam sport, dan kemasan jejaring pada perumah lampu kabus yang memberikan imej lebih segar dan bertenaga.

4. Honda Malaysia memperkenalkan warna merah baharu, Passion Red Pearl, iaitu barisan warna baharu untuk model Honda di Malaysia.

5. Mengekalkan kapasiti kargo untuk memaksimumkan penggunaan ruang. But boleh laras dengan pelbagai mod konfigurasi kerusi belakang, dikenali Utility Mode, Tall Mode, dan Long Mode. Ini membolehkan pengguna HR-V mendapatkan ruang diingini sama ada untuk kegunaan rutin harian dan bercuti atau berjalan jauh.

Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia

6. Keselamatan sentiasa jadi prioriti. Varian RS dilengkapkan dengan Honda LaneWatch, iaitu sistem kamera yang dipasang pada cermin sisi penumpang. Ciri tersebut membolehkan pemandu melihat laluan sebelah penumpang dan memantau sudut titik buta menerusi sistem paparan dalam kereta.

7. Semua varian dibekalkan ciri keselamatan standard, terdiri daripada:

  • 6 beg udara
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Kamera Pandang Belakang Multi-Sudut

8. HR-V dijadualkan dilancarkan pada suku ketiga 2018. Sebagai penghargaan, semua pembeli  yang membuat tempahan akan diberikan kad ganjaran ‘Petronas Gift Card’ bernilai RM1,000. Bagaimanapun pembeli perlu mendaftar sebelum 31 Oktober 2018.

9. Boleh lawat 95 pengedar Honda sah seluruh negara bermula hari ini! Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari Honda.com.my

GALERI
Honda HRV RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Harga Honda HR-V RS Malaysia
Crossover GST Honda Honda HR-V Honda HR-V RS Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV subkompak Toichi Ishiyama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

14/05/2026
Roda4

Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

14/05/2026
Auto Terkini

Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

13/05/2026
Toyota Corolla 60th Edition 2026
Roda4

Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

12/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.