Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»7 Tip Pastikan Kanak-Kanak Selamat Dalam dan Luar Kereta
Auto Terkini

7 Tip Pastikan Kanak-Kanak Selamat Dalam dan Luar Kereta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI ibu bapa, kita tentu mahukan keselamatan anak terjamin. Lumrah manusia, kadangkala ada masa kita boleh terleka dan tidak sedar mereka terdedah kepada bahaya. 

Lebih bahaya apabila situasi bahaya itu berlaku dalam kereta dan di kawasan lalu lintas awam. Cuba ikut tip di bawah untuk sekurang-kurangnya mengurangkan risiko dan memastikan anak kita kekal selamat.

1. JANGAN BIAR ANAK MAKAN DALAM KERETA

Walaupun nampak remeh, membenarkan kanak-kanak makan dalam kereta boleh mendatangkan bahaya. Anak berisiko tercekik terutama jika melalui jalan berbonggol.

Cara terbaik, benarkan mereka makan kudapan atau jajan sebelum naik kereta dan berikan permainan sebagai hiburan. Jika anak masih mahu makan, berikan makanan yang tidak berisiko untuk tercekik seperti yogurt.

BACA >>> ‘Dine-In’ Dalam Kereta Boleh Kena Kompaun Langgar SOP

2. PEGANG TANGAN DI LOT PARKIR

Ibu bapa kadangkala terleka apabila sibuk mengangkat barang runcit dan membiarkan anak berjalan sendiri ke tempat parkir. Pastikan anda sentiasa berwaspada kerana anak anda berisiko dilanggar kereta lain.

3. PERIKSA KERUSI BELAKANG SEBELUM KELUAR

Ini langkah penting untuk memastikan anda tidak tertinggal anak dalam kereta. Sudah banyak kes ibu bapa tertinggal si kecil dalam kereta hingga menyebabkan kematian yang disebabkan ‘vehicular hyperthermia’, iaitu strok haba akibat kepanasan selepas ditinggalkan lama dalam kereta. 

Cara elak terlupa, letakkan barang keperluan seperti dompet dan telefon bimbit di poket kerusi belakang, atau balik sebelah kasut ke belakang. Jika guna aplikasi Waze, anda boleh setkan notifikasi pengingat apabila kereta tiba di destinasi.

BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Tinggal 8 Benda Ini dalam Kereta!
BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta
BACA >>> Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang

4. PASTIKAN ANAK TIDUR DALAM POSISI SELAMAT

budak tidur

Walaupun anda memilih kerusi kanak-kanak terbaik, posisi tidur juga boleh mendatangkan bahaya. Pastikan mereka sentiasa memakai tali keledar dan duduk dalam posisi yang betul walaupun sedang tidur. 

BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?
BACA >>> 6 Barang Wajib Ada Bersama Kerusi Kereta Bayi

5. JANGAN BIAR ANAK MAIN DEKAT KERETA, JALAN RAYA

Bagi menjamin keselamatan anak, jangan biarkan mereka bermain berdekatan kereta walaupun tidak bergerak. Ini kerana saiz fizikal kanak-kanak yang kecil boleh membuatkan pemandu tidak sedar kehadiran mereka, sekali gus menyebabkan kemalangan.

Pastikan juga anak anda tidak bermain berdekatan jalan raya.

6. SENTIASA KUNCI PINTU, TINGKAP

Selain mengelakkan risiko kecurian, mengunci pintu penting untuk memastikan anak tidak terbuka pintu secara tidak sengaja yang boleh menyebabkan mereka tercampak keluar dari kereta. Cermin juga perlu sentiasa disekat, iaitu berada dalam tetapan ‘child lock’ atas sebab keselamatan.

7. AJAR ANAK PANDANG KIRI, KANAN, KIRI SEBELUM LINTAS

Anak anda mungkin tidak cukup umur untuk melintas sendiri, tetapi tidak salah mendidik amalan ini sejak awal. Amalan itu nampak mudah, tetapi sangat berkesan untuk memastikan si kecil sentiasa peka dan tahu cara hendak melintas dengan selamat.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul

SUMBER: TheBump.com

autotainment jalan raya Kanak-Kanak Kereta Keselamatan tip Tip Keselamatan Kanak-Kanak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.