Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

SyafieBy Syafie21/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lebuhraya WCE

LEBUHRAYA Pesisiran Pantai Barat (WCE) menjangka jumlah trafik harian berpotensi melebihi 160,000 kenderaan sehari menjelang hujung minggu ini berikutan aliran pulang orang ramai selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Kenyataan WCE berkata, kemuncak aliran trafik dijangka berlaku antara Sabtu dan Ahad, apabila pengguna lebuh raya kembali ke Lembah Klang selepas cuti panjang, dan berakhirnya cuti persekolahan serta ketibaan awal Ramadan.

Kesesakan ketara dijangka berlaku pertengahan petang hingga lewat malam, khususnya di laluan menghala masuk Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Aliran Pulang Dijangka Lebih Padat

Menurut WCE, berbeza aliran keluar yang berlaku berperingkat sebelum perayaan, perjalanan pulang kali ini dijangka lebih padat kerana ramai perlu kembali kepada rutin harian menjelang awal Ramadan.

Sehubungan itu, pengguna disaran merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat.

Muat Turun Aplikasi WCE, Elak Waktu Puncak

Logo WCE App

Antara langkah dicadangkan:

  • Muat turun aplikasi WCE App untuk maklumat trafik masa nyata dan paparan kamera litar tertutup (CCTV)
  • Bertolak awal pagi bagi mengelak waktu puncak petang dan malam
  • Pastikan baki Touch ‘n Go (TNG) atau e-dompet mencukupi

Sebagai makluman, kiosk layan diri untuk tambah nilai disediakan di semua 14 plaza tol bagi mengelakkan kelewatan dan barisan panjang.

Kemudahan EV, R&R Disediakan

Pengecas EV di Plaza Tol Trong

Bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), kemudahan pengecas kapasiti tinggi disediakan di:

  • Plaza Tol Trong
  • Plaza Tol Taiping Selatan
  • Plaza Tol SAE
  • Plaza Tol Assam Jawa

Pengguna juga digalakkan berehat di enam Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang beroperasi sepenuhnya:

  • R&R Sungai Nyiur (arah utara dan selatan)
  • R&R Bukit Kapar (arah utara dan selatan)
  • R&R Sijangkang
  • R&R Johan Setia

Jangan Guna Lorong Kecemasan

WCE turut mengingatkan penunggang motosikal supaya tidak menggunakan lorong kecemasan kerana dikhaskan untuk kegunaan kecemasan termasuk pengurusan insiden dan kenderaan rosak.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid berkata, pihaknya komited memastikan perjalanan selamat dan lancar ketika penghujung musim perayaan serta menjelang Ramadan.

Sekiranya berlaku kecemasan, pengguna boleh menghubungi talian Infoline WCE di 1700-81-6600 untuk bantuan segera.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Lebuhraya Sesak Tahun Baharu Cina 2026
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.