Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»12 Fakta Pantas: Range Rover Evoque (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM426k
Roda4

12 Fakta Pantas: Range Rover Evoque (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM426k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAGUAR Land Rover Malaysia rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah Range Rover Evoque (2020) ke pasaran tempatan yang didatangkan dengan bahasa rekabentuk baharu berserta teknologi bantuan pemandu termaju dan sistem kepintaran buatan (AI) terkini.

Berikut fakta  pantas yang perlu anda tahu tentang Range Rover Evoque (2020) di Malaysia:

1. Range Rover Evoque (2020) ditawarkan ke pasaran Malaysia dalam dua varian:

  • Range Rover Evoque – RM426,828
  • Range Rover Evoque R-Dynamic – RM475,398

* Harga termasuk pengecualian cukai 50 peratus model CBU, tidak termasuk insurans

2. Dijana enjin petrol 2.0L Turbo Ingenium baharu yang memberikan respons pantas kepada input terotel dengan transmisi automatik 9-kelajuan. Bagaimanapun dua varian itu memiliki spesifikasi kuasa berbeza, iaitu:

  • Range Rover Evoque – 198hp, 230Nm; Pecutan maksimum – 216kmj; 0-100kmj – 8.5 saat
  • Range Rover Evoque R-Dynamic – 247hp, 365Nm; Pecutan maksimum – 230kmj; 0-100kmj – 7.5 saat

3. Varian R-Dynamic menampilkan peningkatan penampilan luaran yang boleh dilihat menerusi aksen tembaga pada bampar depan dan belakang serta sisipan fender depan yang menambah aura sporty.

4. Varian R-Dynamic juga didatangkan dengan teknologi cermin pandang belakang pintar, dinamakan ClearSight Rear View Mirror (CSRVM) menggunakan skrin video definisi tinggi (HD) dengan sentuhan butang. Paparan dari kamera hadap belakang akan dipaparkan terus pada cermin, dan pemandu dapat terus memantau situasi belakang kereta tanpa halangan objek seperti penumpang belakang dan barang besar.

Ia juga menawarkan sudut pandang 50º menggunakan kamera atas cermin belakang dan turut memberikan kualiti kejelasan yang baik dalam kondisi pencahayaan rendah.

5. Eksklusif untuk varian R-Dynamic ialah teknologi ClearSight Ground View yang membolehkan pemandu melihat pada bonet dan bahagian bawah depan dengan memaparkan pandangan 180º dari tanah ke skrin sentuh dalam kereta. Ini membantu ketika melalui tempat letak kenderaan yang sempit, jalan bandar tinggi atau off-road.

6. Rekabentuk model asal Evoque dapat dikesan menerusi siluet coupe. Model baharu ini didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED tirus. Hendal pintu akan dikeluarkan automatik apabila kunci pintu dibuka, sama seperti Velar.

BACA >>> 7 Fakta Pantas | Range Rover Velar Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM529k

7. Evoque dipadankan dengan teknologi pacuan semua roda (AWD) menerusi teknologi Driveline Disconnect yang didatangkan standard untuk kedua-dua varian. Sistem itu membolehkan pemandu melepaskan pacuan ke roda belakang ketika  memandu untuk mengurangkan masalah hilang geseran, dan menghidupkan semula geseran dengan mudah apabila memerlukan daya tarikan tambahan.

8. Dalam kondisi permukaan jalan tertentu, sistem Terrain Response® 2 diaktifkan secara automatik untuk disesuaikamn dengan keadaan permukaan. Sistem itu siap disertakan sebagai ciri standard Evoque baharu. Malah Evoque menjadi model terbaik yang mampu meredah halangan air dalam segmen sama, iaitu sedalam 600mm.

9. Range Rover Evoque (2020) juga model pertama Land Rover yang menggunakan algoritme AI Smart Settings untuk mempelajari kecenderungan tabiat pemandu. Sistem kemudian akan mempersiapkan kabin mengikut kecenderungan tabiat tersebut.

Antaranya, mengenal pasti ragam pemandu menerusi fob kunci dan telefon pintar sebelum berfungsi melaraskan kerusi dan posisi stereng. Ada lapan profil boleh didaftarkan. Selepas beberapa kali perjalanan, SUV ini dapat menyimpan tetapan suhu penyaman udara pilihan pemandu, termasuk mainan media dan nombor panggilan yang biasa dihubungi mengikut masa atau hari sepanjang minggu tersebut.

BACA >>> #Videotomotif: Jumpa Bonggol Raksasa? Range Rover Evoque Cakap No Problem

10. Kedua-dua varian dilengkapkan sistem infotainment skrin sentuh definisi tinggi (HD) Land Rover InControl ® Touch Pro Duo 10 inci dan kluster instrumen 12.3 inci di sebalik stereng. Juga siap disediakan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto serta hot spot 4G Wi-Fi untuk sambungan Internet.

11. Sistem bunyi Meridian dengan 11 pembesar suara termasuk subwufer menawarkan bunyi bass yang dalam dan alunan muzik lebih jelas.

12. Jarak roda lebih panjang 21mm menyumbang kepada saiz kabin lapang dan ekstra ruang kaki dan lutut serta konsol tengah dan kotak pemuka (glove box) lebih besar. Ruang but belakang 10 peratus lebih besar dengan saiz 591 liter dan lipatan kerusi belakang yang fleksibel dengan nisbah 40:20:40 memberikan ruang tambahan seluas 1,383 liter.

BACA >>> Mahkamah China Putuskan Land Rover Menang Kes Tiru Rekabentuk Range Rover Evoque

GALERI
autoterkini Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd Jaguar Land Rover Malaysia Range Rover Range Rover Evoque (2020) Roda4 SUV mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.