• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mahkamah China Putuskan Land Rover Menang Kes Tiru Rekabentuk Range Rover Evoque

Mahkamah China Putuskan Land Rover Menang Kes Tiru Rekabentuk Range Rover Evoque

March 25, 2019 By Azhan O Leave a Comment

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JAGUAR Land Rover (JLR) akhirnya memenangi kes mahkamah ke atas pengeluar automobil China, Jiangling  berhubung isu perlanggaran hak cipta pada 2016, membabitkan model Evoque dan LandWind X7.

Tindakan JiangLing menjual LandWind X7 yang memiliki banyak kemiripan dengan Evoque dianggap sebagai tidak sesuai dengan sistem perundangan China.

BACA >>> Foto Landwind 5 Tersiar, Lagi Jenama Automotif China Masuk Pasaran Indonesia?

Mahkamah Daerah Beijing Chaoyang memutuskan bahawa persamaan LandWind X7 dengan Ranger Rover Evoque menyebabkan kekeliruan pengguna, sambil menggariskan lima aspek rekabentuk utama yang didapati diplagiat daripada produk British itu. Antaranya ialah siluet asas, garis bumbung, lampu utama, dan bentuk badan yang sangat identik kepada Evoque.

PULIHKAN KEYAKINAN PELABUR

Keputusannya, Jiangling mesti mengeluarkan LandWind X7 daripada pasaran dan membayar pampasan kepada JLR. Pengarah Undang-Undang Global JLR, Keith Benjamin berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan keputusan mahkamah Beijing yang secara langsung menguatkan keyakinan pelaburan di China.

"Keputusan ini ialah tanda jelas yang undang-undang dikuatkuasakan sepatutnya untuk melindungi pengguna dan menegakkan hak supaya mereka tidak keliru atau terpedaya, selain melindungi pelaburan perniagaan dalam rekabentuk dan inovasi," katanya.

BACA >>> Jaguar Land Rover Hasilkan Unit Sistem Infotainment Baharu Gaya Vintaj

Land Rover bukan satu-satunya pengeluar luar yang menjadi mangsa kepada isu peniruan rekabentuk. Pengeluar China, Zotye sebelum ini pernah berdepan tuduhan sama kerana menghasilkan produk yang mirip Porsche Macan, Volkswagen Tiguan dan Smart ForTwo.

SUMBER: AutoExpress

Related

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Land Rover Jaguar, Land Rover Ranger Rover Evoque, LandWind X7, Ranger Rover Evoque, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev