Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Kereta Paling Laris di UK Sepanjang 2020
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris di UK Sepanjang 2020

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERETA apa yang paling laris di Britain? Persatuan Pengilang dan Pedagang Motor (SMMT) ada jawapan untuk itu. Di bawah ini adalah senarai 10 kereta dengan jualan tertinggi di negara Eropah itu setakat tahun ini.

Vauxhall Corsa yang menduduki tempat teratas (5,455 unit) bulan lalu sudah cukup untuk melonjakkan kedudukan model itu ke tempat ketiga untuk jualan keseluruhan tahun ini.

BACA >>> #RetroAuto: Vauxhall Lotus Carlton 3.6L Twin Turbo Pernah Jadi Sedan Terpantas Dunia
BACA >>> Puspakom Kini Guna Satu Nombor Panggilan untuk Semua Urusan, Pertanyaan

Tempat kedua Julai 2020 dimiliki Ford Fiesta (5,421 unit). Pada Mei, Fiesta cuma dijual 790 unit sebelum meningkat 4,386 pada Jun. Anjakan jualan itu berlaku selepas Kerajaan membuka semula pusat jualan selepas menarik balik perintah berkurung akibat Covid-19.

Abangnya, Ford Focus tidak begitu jauh dari senarai, iaitu di tempat ketiga dengan jualan 4,981 unit pada Julai, sekali gus mengekalkan posisi kedua untuk jualan keseluruhan 2020.

Jumlah jualan kereta baharu di Britain meningkat 11.3 peratus pada Julai ini berbanding Julai 2019, dengan kereta petrol naik 0.3 peratus dan kereta diesel turun 25.9 peratus. Kereta hibrid plug-in (PHEV) juga naik 320.3 peratus pada Julai dan kenderaan elektrik secara keseluruhan meningkat 259.4 peratus.

Di bawah ini senarai 10 model kereta paling laris di Britain sepanjang 2020.

1. FORD FIESTA – 26,519 unit

Jualan Ford Fiesta menurun pada April dengan rekod 55 unit. Malah pada Mei hanya mencatatkan jualan 760 unit sahaja. Namun kereta terlaris Britain itu kembali semula apabila wakil jualan sudah boleh beroperasi dengan mencatatkan rekod jualan 5,421 unit pada Julai dan berada di posisi kedua untuk bulan itu.

2. FORD FOCUS – 23,126 unit


Ford Focus melonjak ke tangga kedua pada Jun 2020 dan mengekalkan kedudukan itu pada Julai. Walaupun jualan bulan Mei begitu lemah dengan rekod 502 unit, tetapi tidak mempengaruhi kedudukan keseluruhan. Pada Julai, pendaftaran Ford Focus sebanyak 4,981 unit mengalahkan pesaing sekelas, Volkswagen Golf.

3. VAUXHALL CORSA – 23,101 unit


Vauxhall Corsa ialah model keempat terlaris di Britain pada 2019 dan merekodkan pencapaian lebih baik pada 2020. Menduduki tangga pertama pada Jun dan Julai membantu Corsa berada di tangga teratas dengan rekod 5,455 unit jualan. Model elektrik baharu e-Corsa akan membantu melonjakkan jualan model itu kerana pertumbuhan positif permintaan kenderaan elektrik.

4. VOLKSWAGEN GOLF – 21,825 unit

Kereta terlaris kedua 2019 ini pulih daripada angka jualan rendah pada pasca perintah berkurung dan berada di tangga keenam (Jun) dan keempat (Julai) untuk rekod jualanan bulanan. Namun, Volkswagen Golf ketinggalan di belakang Ford Focus untuk tahun ini dan kekal di tangga keempat untuk keseluruhan jualan 2020.

5. NISSAN QASHQAI – 17,777 unit

Qashqai mempunyai permulaan yang kukuh untuk tahun ini dengan 4,608 pendaftaran pada Januari lalu, tetapi perintah berkurung menyebabkan jualan menurun dengan hanya 49 unit pendaftaran pada April. Qashqai kembali pulih pada Julai dengan 2,971 unit jualan dan berada di kedudukan kelima untuk tahun ini.

6. MERCEDES-BENZ A-CLASS – 17,648 unit

Sebelum perintah berkurung, A-Class dijual baik dengan imej premium dan tawaran kewangan kompetitif daripada Mercedes-Benz. A-Class menduduki tempat kelima tahun lalu dengan 53,724 pendaftaran dan menduduki tempat keenam tahun ini. Mercedes menjual 3,922 unit A-Class pada Julai, sekali gus menjadikan kereta terlaris kelima bulan itu.

Ini turut membantu mengekalkan A-Class di tempat keenam keseluruhan.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Lamborghini Terbaik Pernah Dikeluarkan

7. MINI – 15,146 unit


MINI memiliki jualan kukuh pada 2020, tetapi segalanya berubah akibat pandemik Covid-19 dan perintah berkurung. Hanya 22 unit terjual pada April dan jatuh ke angka 10 pada Mei. Bagaimanapun MINI bangkit semula pada Jun dengan pendaftran 3,400 unit. Namun Julai sedikit turun dengan rekod 2,906 unit.

8. VOLKSWAGEN POLO – 13,046 unit

Volkswagen Polo generasi keenam meraih tempat ke-9 pada 2019 dengan 37,453 pendaftaran. Sayangnya pada April lalu Polo hanya dibeli tujuh pelanggan dan tidak tersenarai dalam carta 10 jualan Mei. Pada Jun, Polo terjual 2,469 unit, tetapi supermini Jerman itu menunjukkan prestasi lebih baik pada Julai dengan 2,932 pendaftaran.

BACA >>> Imej Acah Hyundai i20 dengan Bahasa Rekabentuk Baharu Didedahkan

9. VOLKSWAGEN TIGUAN- 12,822 unit


Volkswagen Tiguan tersenarai dalam carta 10 jualan tahunan sumbangan pendaftaran pada Julai dengan rekod 2,880 unit dan menjadi model kenderaan utiliti sukan (SUV) kedua terbaik tahun ini selepas Qashqai.

10. TOYOTA YARIS- 12,676 unit

Toyota Yaris menduduki tempat ketiga untuk bulan Jun dengan rekod 4,200 jualan tetapi Julai adalah bulan kurang baik buat supermini Jepun itu. Apapun masih berada di kedudukan ke-10 terbaik tahun ini. Pelancaran model baharu tahun ini akan membantu Yaris melonjak ke senarai terlaris.

BACA >>> Kajian: Toyota Yaris Kereta Terpakai Paling Reliabel UK Menurut What Car?
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Bangkit di Jepun untuk Kembali ke Amerika [Siri 2]

SUMBER: AutoExpress

Auto Terkini Jualan Kereta UK 2020 Kereta Paling Laris UK 2020 Persatuan Pengilang dan Pedagang Motor (SMMT) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

    23/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    24/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.