Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Lamborghini Terbaik Pernah Dikeluarkan
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Lamborghini Terbaik Pernah Dikeluarkan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEDIKIT pasal sejarah Lamborghini. Automobili Lamborghini SpA diasaskan Ferrucio Lamborghini pada 1963 untuk bersaing dengan beberapa jenama sedia ada, termasuk Ferrari. Sepuluh tahun pertama, pengeluar itu berkembang dengan baik, tetapi mengalami zaman kegelapan berikuta krisis minyak dan kewangan dunia yang melanda dunia pada 1973.

Lamborghini berubah pemilikan sebanyak tiga kali selepas 1973, termasuk disenaraikan bankrap pada 1978. Kemudian pengeluar automotif dari Amerika Syarikat, Chrysler Corporation mengambil alih jenama itu pada 1987 sebelum menjual kepada syarikat pelaburan Malaysia Mycom Setdco dan syarikat Indonesia V’Power Corporation pada 1994.

Kemudian 1998, Mycom Setdco dan V’Power menjual Lamborghini kepada Volkswagen Group sampai sekarang. Apakah model terbaik yang pernah dikeluarkan jenama mewah itu sepanjang 57 tahun di pasaran? Kami senaraikan buat anda.

BACA >>> 24Bottles for Automobili Lamborghini Clima Bottle – Botol Air Seragam Aventador SVJ

1. LAMBORGHINI MIURA

Lamborghini Miura ialah supercar tercantik pernah dihasilkan yang kali pertama muncul di Pameran Auto Geneva 1996. Sejak itu, industri automotif tidak lagi sama. Pada masa itu, Miura adalah kereta pengeluaran terpantas di dunia yang dijana enjin tengah (mid-engine) V12 lintang (transverse) pertama.

Maka tidak hairan supercar itu pilihan terbaik Lamborghini yang pernah ada. Bentuk badan berotot dan langsing, serta lampu depan boleh lipar-buka membuatkan ia jadi model idaman.

2. LAMBORGHINI COUNTACH

Lamborghini Countach adalah versi paling langka boleh ditemui di garaj, tetapi mudah ditemui dalam bilik remaja sebagai poster dinding.  Rata-rata mereka menjadikan model itu sebagai supercar idaman. Countach seakan datang dari dunia lain apabila debut di Pameran Motor Geneva 1971.

Selain gaya dramatik, supercar itu menampilkan enjin V12 berkuasa 375hp. Walaupun angka berkenaan tidak masuk akal, tetapi itulah yang menjadikan Countach jentera hebat.

3. LAMBORGHINI SESTO ELEMENTO

Ada enam unsur: bumi, air, udara, api, kegilaan, dan penglihatan. Itulah resipi pembangunan Lamborghini Sesto Elemento. Walaupun bunyi gah, nama itu tidak merujuk unsur klasik, tetapi bilangan atom karbon. Seperti biasa, supaya nampak lebih menyerlah, Lamborghini membina supercar ini menggunakan gentian karbon.

Semua untuk kereta ini, termasuk rim dan kaca depan dibuat daripada gentian karbon. Dan seperti anda bayangkan, berat Sesto Elemento cuma 999kg, dan mampu meledakkan kuasa 562hp dan tork 540Nm daripada enjin 5.2L. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.5 saat.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota RAV4 XR51 Edition Ala Lamborghini Urus

4. LAMBORGHINI MURCIELAGO

Lamborghini Murcielago adalah kereta luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian anda sepanjang hayat. Hati dan jiwa sebenar kereta ini adalah pengalaman pemanduan yang dipenuhi dengan detik mengejutkan, degupan jantung tinggi dan mata terbeliak.

Walaupun bertahun-tahun atas jalan dan dikeluarkan begitu banyak, Murcielago masih mendapat tempat istimewa dalam industri kereta. Supercar ini bukan tentang kekuatan daripada pilihan enjin 6.2-6.5L V12 dengan kuasa bermula 580hp. Nampak cukup standard pada masa kini, tetapi semangat fanatik dan wacko diwakili model itu. Itulah yang tidak akan menjadikan Murcielago tua.

5. LAMBORGHINI ESPADA

Lamborghini Espada adalah satu-satunya model 4-kerusi dibangunkan pengeluar Itali itu. Ini sudah cukup menjadikan model ini unik. Grand touring coupe ini dibangunkan antara 1968 dan 1978 dengan trenkuasa 3.9L V12 berkuasa 321hp. Angka kuasa itu mungkin tidak memberangsangkan pada era moden ini, tetapi pada era 70-an, jumlah itu cukup mengagumkan.

Ditambah gaya melampau dan khas yang awalnya nampak aneh. Tetapi tidak terlalu ganjil buat Lamborghini. Espada direka Marcello Gandini dari Bertone, iaitu pereka sama yang menghasilkan Miura dan Countach. Espada mencatatkan jualan baik yang menjadi antara model yang melonjakkan Lamborghini seperti sekarang.

6. LAMBORGHINI HURACAN

Walaupun Lamborghini bermain selamat, mereka tidak membuat sesuatu yang membosankan dan perlahan. Jenama ini mencipta sesuatu yang dikatakan DNA Lambo. Dinamakan sempena dewa angin, taufan, dan api, Huracan adalah sesuatu yang sederhana.

Walaupun menampilkan enjin 5.2L V10 berkuasa 560bhp daripada Gallardo, Huracan berjaya membawa sesuatu yang baharu kepada penonton. Inilah sebab Huracan menjadi model Lamborghini terlaris dengan jualan 14,022 unit seluruh dunia.

7. LAMBORGHINI LM002

Sekiranya ada satu kenderaan utiliti sukan (SUV) dunia yang harus dibangunkan, itulah Lamborghini LM002 yang juga dikenali sebagai kereta paling gila 1980-an. Ini tidak mengejutkan, kerana kemampuan enjin, deruman ekzos  kuat, dan fakta yang mengatakan ia dibina berasaskan Countach.

LM002 mempunyai kuasa 455hp, berat lebih 3039kg dan pecutan 0-100kmj dalam 7.7 saat.

8. LAMBORGHINI DIABLO

Semua penderitaan yang ada di dunia dapat ditenggelamkan Lamborghini Diablo. Ini ialah supercar jahat utama berbanding model Lamborghini lain di luar sana.

Ini juga Lamborghini pertama yang mencapai kelajuan 200mph (322kmj). Diablo dengan anggun menggantikan Countach dengan gaya 90-an. Versi GT mampu mencapai kuasa 575hp dan tork 630Nm. Ini benar-benar melampau yang menjadi resepi Lamborghini untuk menghidupkan produk kereta mewah jenama itu.

9. LAMBORGHINI AVENTADOR

Lamborghini Aventador atau juga dikenali sebagai ‘lembu jantan’ kali pertama diumumkan di Pameran Motor Geneva 2011 yang  membuatkan semua orang merindukan supercar itu. Pengeluaran terhad kepada 4,000 unit setahun, tetapi pada 2016 mencapai jualan 5000 unit.

Tidak hairanlah apabila anda menimbangkan enjin binaan dalaman Lamborghini kelima dan rekabentuk V12 kedua sejak 350 GT. Ia mempunyai kuasa 690hp dan tork 690Nm serta mampu mencapai 0-100kmj dalam masa 2.9 saat. Hari ini, pengeluaran model ini masih berterusan dan menjadi antara model Lamborghini paling berjaya pernah dihasilkan.

10. LAMBORGHINI 350 GT

Satu karya seni bergerak. Inilah Lamborghini 350 GT. Selain penampilan dan bentuk, 350 GT mempunyai sejarah luar biasa. Inilah kereta pertama yang mnyerlahkan kehebatan Lamborghini sebagai pesaing utama kepada Ferrari.

350 GT diumumkan di Pameran Motor Geneva 1964 dengan menampilkan enjin V12 yang dikurangkan kuasa daripada 360hp kepada 270hp, dan tork 324Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas tempoh 7.7 saat, manakala kelajuan maksimum 249kmj. Seperti yang anda jangkakan, angka ini memang mengagumkan semua.

Tidak lama kemudian, Lamborghini perlu meningkatkan pengeluaran 25 unit sebulan. Malangnya, hanya 120 unit yang dibina, semuanya dihasilkan secara buatan tangan yang menjadikan ia sangat jarang ditemui.

BACA >>> #BikinKereta: Mekap Lamborghini Aventador SV Gaya Chris Brown
BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

SUMBER: Hotcars | Supercars

Automobili Ferruccio Lamborghini SpA Automobili Lamborghini SpA autoterkini Ferrucio Lamborghini Lamborghini Aventador Lamborghini Diablo Lamborghini Huracan Lamborghini Miura Lamborgini Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Diesel Shell
    Auto Terkini

    Diesel Semenanjung Kini RM5.97 Seliter, Petrol Tanpa Subsidi Ikut Turun

    16/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.