Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

Han OthmanBy Han Othman16/04/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DALAM situasi harga minyak global yang masih tidak menentu akibat konflik geopolitik dan gangguan bekalan, perbandingan harga bahan api di Asean kini menunjukkan jurang yang semakin besar, bergantung kepada dasar subsidi, cukai dan kebergantungan import setiap negara.

Berikut analisis harga terkini minggu ini (anggaran April 2026) melibatkan Malaysia dan negara utama Asean seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Brunei dan Filipina.

Perbandingan Harga Minyak Asean (2026 – Anggaran Semasa)

Perbandingan Harga Minyak Asean (April 2026 - Anggaran Semasa)

  • Tukaran dibuat daripada dolar Amerika (AS)/liter dan mata wang tempatan berdasarkan data serantau terkini
  • Harga sebenar berubah mingguan ikut pasaran global

Malaysia: Pasaran Dilindungi, Paling Stabil

Logo BUDI95

Malaysia kekal unik kerana:

  • RON95 dikekalkan pada RM1.99/liter walaupun harga global naik
  • Tanpa subsidi, harga sebenar mampu mencecah ~RM3.27+

Ini menjadikan Malaysia antara negara paling murah petrol di Asia Tenggara.

Singapura: Harga Pasaran Sebenar (Tiada Subsidi)

Harga petrol Singapura pula boleh mencecah lebih AS$3/liter (~RM10+) kerana mengamalkan sistem pasaran bebas dan cukai tinggi, serta menjadi menjadi penanda aras sebenar mengenai  harga minyak tanpa campur tangan Kerajaan.

Thailand, Filipina: Tekanan Kos Tinggi

Pam minyak di Filipina

Harga diesel di Thailand adalah sekitar 30 baht (~RM4), dengan struktur harga dikritik kerana tidak seimbang.

Harga minyak di Filipina pula sangat sensitif kepada pasaran global, dan pernah naik mendadak akibat konflik Timur Tengah.

Thailand dan Filipina ialah dua negara Asean yang paling terkesan setiap kali berlaku krisis minyak global.

Indonesia, Vietnam: Model ‘Subsidi Hibrid’

Stesen petrol Indonesia

Kerajaan Indonesia masih memberikan subsidi minyak kepada pengguna di sana, tetapi lebih bersasar, dengan harga lebih rendah daripada Thailand.

Vietnam pula bergantung kepada import minyak pada harga sederhana, tetapi mudah naik apabila bekalan terganggu.

Brunei: Negara Minyak, Harga Rendah

Shell Brunei

Brunei antara paling murah kerana negara itu adalah pengeluar minyak dengan subsidi domestik kuat. Subsidi diberikan Kerajaan Brunei hampir setanding Malaysia, tetapi tanpa sistem Mekanisme Harga Automatik (APM) kompleks.

Analisis: Kenapa Harga Berbeza?

Perbezaan harga Asean dipengaruhi:

1. Subsidi Kerajaan

Harga minyak Malaysia dan Brunei murah kerana mendapat subsidi Kerajaan, manakala harga Singapura mahal kerana tiada subsidi

2. Kebergantungan Import

Harga minyak di Filipina dan Vietnam sentiasa tidak menentu kerana banyak bergantung kepada import.

3. Cukai, Polisi

Harga minyak di Singapura juga mahal disebabkan caj cukai tinggi seperti duit eksais dan cukai barang dan perkhidmatan (GST), termasuk cukai karbon, manakala cukai di Filipina (VAT, eksais, duti import) boleh diubah mengikut tahap krisis.

Malaysa dalam Zon Selamat

Jika diikutkan pasaran sebenar, harga petrol Asean sebenarnya adalah sekitar RM4 – RM10/liter.

Dengan subsidi RON95 pada RM1.99 seliter, (antara termurah dunia), rata-rata kita sebenarnya belum merasai impak sebenar harga minyak seperti mana negara lain sudah lama berdepan turun naik ekstrem.

Selagi subsidi kekal, kita sebenarnya masih dalam zon selamat.

 Fakta Pantas

  • Termurah: Malaysia, Brunei
  • Pertengahan: Indonesia, Vietnam
  • Mahal: Thailand, Filipina
  • Paling mahal: Singapura

SUMBER: blog.InvestVietnam.co | AlJazeera | NationThailand | Reuters | TradingEconomics | TheVibes

APM Auto Terkini diesel Thailand Filipina mahal harga minyak ASEAN 2026 harga petrol terkini Asia Tenggara harga RON95 ASEAN perbandingan perbandingan petrol Malaysia vs Singapura subsidi minyak Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026

1 Comment

  1. Javier on 27/05/2026 20:06

    My co-worker Ali has one of these. He says it looks towering.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.