• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / 24Bottles for Automobili Lamborghini Clima Bottle - Botol Air Seragam Aventador SVJ

24Bottles for Automobili Lamborghini Clima Bottle - Botol Air Seragam Aventador SVJ

July 23, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini set mainan LEGO, dan sekarang botol minuman pula. Inilah dilakukan Automobili Lamborghini dan 24Bottles yang kali pertama menawarkan botol minuman edisi istimewa membabitkan kerjasama dua jenama Itali itu.

lamborgini-celoreng-1
lamborgini-celoreng-2

Rekaan 24Bottles for Automobili Lamborghini Clima Bottle mengimbas kembali rekaan celoreng ikonik yang menjadi seragam Lamborghini Aventador SVJ ketika mencatatkan rekod di litar Nürburgring Nordschleife.

Itali dan kesenian memang sukar dipisahkan dan setiap produk 24Bottles dihasilkan secara manual yang menjadikan ia unik. Clima Bottle dibuat daripada botol keluli tahan karat gred makanan 18/8 berdinding dua dengan teknologi penebat haba.

BACA >>> Lamborghini Sián Roadster - Supercar Bumbung Terbuka yang Canggih, Eksotik

Automobili Lamborghini and 24Bottles.06
Automobili Lamborghini and 24Bottles.07

Clima Bottle mampu mengekalkan rasa dan suhu minuman dengan kekal panas hingga 12 jam atau sejuk hingga 24 jam. Botol ini juga 100 peratus bebas BPA, phthalates dan toksin serta mesra keselamatan di lapangan terbang.

Falsafah penting di sebalik Clima Bottle adalah mengurangkan pelupusan botol plastik kerana botol sebegini lebih mesra alam berbanding botol plastik yang kurang tahan lasak. 24Bottles turut memberi jaminan terhadap amalan bertanggungjawab dalam keseluruhan proses pengeluaran dan komited mengimbangi kesan alam sekitar menerusi projek penghutanan semula.

24Bottles for Automobili Lamborghini Clima Bottle boleh didapati bermula 15 Julai 2020 di rangkaian global 24Bottles, kedai Automobili Lamborghini, laman web kedua-dua syarikat dan kedai di ibu pejabat Lamborghini di Sant’Agata Bolognese.

Harga botol dengan kapasiti 500ml adalah €39 (RM190) dan penghantaran dibuat serata dunia. Berminat?

BACA >>> Set LEGO Paling Mahal, Lamborghini Sián FKP 37 Kini Boleh Dibeli, Harga RM1,660

GALERI
Automobili Lamborghini and 24Bottles.01
Automobili Lamborghini and 24Bottles.02
Automobili Lamborghini and 24Bottles.03
Automobili Lamborghini and 24Bottles.04
Automobili Lamborghini and 24Bottles.05
Automobili Lamborghini and 24Bottles.06
Automobili Lamborghini and 24Bottles.07
Lamborghini Aventador SVJ 01
Lamborghini Aventador SVJ
botol-air-lamborghini-1
botol-air-lamborghini-2
botol-air-lamborghini-3

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: 24Bottles, 24Bottles for Automobili Lamborghini - Clima Bottle, aksesori, Automobili Lamborghini, Botol Air Lamborghini, Botol Minuman Lamborghini, Lamborghini, Lamborghini Aventador SVJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev