• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Imej Acah Hyundai i20 dengan Bahasa Rekabentuk Baharu Didedahkan

Imej Acah Hyundai i20 dengan Bahasa Rekabentuk Baharu Didedahkan

February 6, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA ada yang terpesona dengan Toyota Yaris baharu, pesaingnya Hyundai i20 akan debut di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020, Mac depan.

Menariknya, i20 ialah model pertama Eropah yang membawa bahasa rekabentuk Hyundai baharu, Sensuous Sportiness, iaitu gabungan keharmonian empat elemen iaitu perkadaran (proportion), senibina (architecture), gaya dan teknologi.

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N vs Volkswagen Golf GTI

Objektif rekabentuk ialah membawa kecantikan asli pada kenderaan Hyundai, dan seterusnya mewujudkan nilai emosi dan menyerlahkan rekaan tersendiri. Jika definisi itu nampak abstrak, bahagian depan i20 membawa tema sama seperti i10 (foto atas) yang dilancarkan tahun lalu.

BACA >>> Hyundai i10 (2020) Masuk UK Januari Depan, Harga Bermula RM67k

Bahagian sisi ditonjolkan dengan garis badan sporty dan lincah, begitu juga pilar C yang dapat dilihat pada frem tingkap segitiga tajam. Bahagian belakang pula mempunyai lampu horizontal yang bersambung dengan cermin belakang. Menarik perhatian ialah tiga 'sisik' di tepi spoiler.

Hyundai tidak mendedahkan bahagian dalaman i20, kecuali berkongsi maklumat seperti kluster digital dan bahagian tengah papan pemuka yang menggabungkan dua skrin 10.25 inci. Perincian lengkap hanya akan diketahui bulan depan.

Memandangkan Toyota sudah melancarkan GR Yaris, adakah Hyundai bakal membangunkan i20 N? Lagipun Hyundai sekarang bukan lagi nama biasa lagi selepas memenangi Kejuaraan Rali Dunia (WRC) kategori pengeluar pada 2019.

BACA >>> Hyundai i20 N Sedia Cabar Ford Fiesta ST, VW Polo GTI

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, GIMS 2020, hatchback, Hyunda i20, hyundai, Imej Acah, lakaran, Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS), rendering, Roda4, teaser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my