Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Kelab Kereta Sudah Cuba Shell FuelSave 95, Memang Terbukti Ada Lebih Kilometer
Auto Terkini

10 Kelab Kereta Sudah Cuba Shell FuelSave 95, Memang Terbukti Ada Lebih Kilometer

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BUKAN semua minyak petrol itu adalah sama. Hakikat itu diakui sendiri 10 kelab kereta yang bergiat aktif di Malaysia selepas mereka mencuba bahan api Shell FuelSave 95.

Perkara itu diceritakan sendiri presiden dan juga wakil 10 kelab kereta membabitkan pelbagai jenama pada satu majlis secara maya bersama Shell Malaysia dan pihak media. Berikut ialah 10 kelab kereta yang terlibat dalam ujian Shell FuelSave 95:

  • Proton Ambassadors of Malaysia
  • Myvi Gen.3 Club
  • HR-V Club Malaysia
  • Civic FC Club Malaysia
  • Geng Alza Biru Malaysia
  • Vios Yaris Owners Club
  • Mazda 3 Owner Club Malaysia
  • Kelab AruzR Malaysia
  • Nissan X-Trail Club Malaysia
  • Volkswagen Club Malaysia

Apa Yang Berlaku?

  • Shell Malaysia mengadakan kolaborasi dengan 10 kelab kereta bermula sejak 2019. Jumlah terkumpul keanggotaan 10 kelab itu ialah lebih 50,000 ahli. 
  • Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada setiap kelab merasai apa kelebihan Shell FuelSave 95.
  • Inisiatif Shell Malaysia itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kempen Shell Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza yang dilancarkan awal tahun ini.

Apa Motif Shell Malaysia?

  • Shell Malaysia mahu mendengar maklum balas dan pandangan jujur daripada ahli kelab kereta yang sudah menguji Shell FuelSave 95.
  • Mereka juga mahu ketahui pengalaman yang dinikmati pemandu dan prestasi sebenar minyak petrol tersebut.
  • Maklumat yang diterima akan jadi input untuk terus meningkatkan kecekapan bahan api agar Shell Malaysia terus memberikan nilai ekstra kepada pengguna.
  • Shell Malaysia juga mahu hubungan itu kekal dan akan menjemput kelab-kelab kereta secara ekslusif untuk mencuba produk terbaharu jenama Shell. 

BACA >>> #ApaNakBuat: Berapa Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip?

Apa Kata Wakil Kelab?

Mohd Affan Mohd Aris dari Myvi Gen.3 Club:

“Kami amat mengambil berat kualiti bahan api kerana kami sedar kepentingan menjaga kebersihan enjin untuk meningkatkan prestasi kenderaan. Shell FuelSave 95 sentiasa menjadi bahan api pilihan kami dan kami mengesyorkannya kepada rakan, sahabat dan ahli keluarga . Kami  sangat teruja dapat berganding bahu dengan Shell Malaysia.”

Mohamad Nazri Jamil dari HR-V Club Malaysia:

“Bagi mereka yang inginkan bahan api yang cekap, tidak perlu cari lagi. Cubalah Shell FuelSave 95 untuk merasai ekstra kilometer. Saya sendiri berasa kagum kerana petrol ini memberikan penjimatan ekstra kerana purata penggunaan bahan api saya adalah lebih baik berbanding dengan bahan api lain yang pernah saya cuba. Kelebihan ini memberi saya ketenangan fikiran apabila saya memandu di jalan raya.” 

Wakil termasuk Presiden kelab yang lain juga sebulat suara menyatakan Shell FuelSave 95 memberi kelebihan ekstra kilometer, enjin kenderaan terasa lebih senyap, trenkuasa lebih berprestasi dan perjalanan lebih lancar. 

Apa Kata Pak Cik Shell?

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, produk bahan api Shell direka untuk mengutamakan keperluan pengguna melalui kepakaran teknologi dan penyelidikan rapi.

“Tidak semua bahan api dicipta sama dan kami sangat berbesar hati bahawa begitu banyak pakar kereta memilih Shell FuelSave 95 untuk kereta mereka. Kerjasama ini mencerminkan keyakinan ahli kelab kereta terhadap keupayaan Shell FuelSave 95 yang memberikan ektra kilometer.”

Shairan juga ada mendedahkan satu rancangan luar biasa iaitu beliau berharap lebih 50,000 ahli kelab kereta akan sertai sesi kembara melebihi jarak 75,000km secara bersama-sama. Bukan itu sahaja, ada banyak aktiviti yang turut dirancang bersama. Tetapi, itu hanya akan dibuat selepas Kerajaan umum kelonggaran sekatan pandemik Covid-19.

Shell Bagi Bonus! 

  • Bagi meraikan sokongan 10 kelab kereta, Shell Malaysia bermurah hati untuk menawarkan diskaun sebanyak 5 peratus untuk baucar Shell RM30 dan RM50 di Shopee.
  • Tawaran hanya selama 10 hari bermula 13 Ogos hingga 22 Ogos 2021.
  • Anda cuma perlu masukkan kod promo EKSTRAKM (terhad kepada 2,000 kod sehari). 

Maklumat lanjut tentang kempen, promosi dan pengumuman terkini akan dipapar menerusi laman web: www.shell.com.my

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Stesen Shell Mint Hotel Dapat Piawaian Emas GBI
BACA >>> Kiosk Makanan Deli by Shell Pertama Kini Dibuka di Stesen LRT Abdullah Hukum
BACA >>> Shell Lancar Kempen FuelSave 95, Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza
BACA >>> #TahukahAnda: Semua Model Geely, Termasuk Proton X70 Guna Minyak Pelincir Shell?

 

Kempen Shell Fuel Save Shairan Huzani Husain Shell Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    02/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.