• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Semua Model Geely, Termasuk Proton X70 Guna Minyak Pelincir Shell?

#TahukahAnda: Semua Model Geely, Termasuk Proton X70 Guna Minyak Pelincir Shell?

September 24, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUSULAN cerita pasal Geely-Shell semalam, tahukah anda yang semua model Geely di China atau versi eksport ke negara lain sebenarnya menggunakan minyak pelincir Shell Helix?

Ya, Geely sudah bekerjasama dengan Shell sejak dari 2007, iatu ketika jenama Geely itu sendiri mula diperkenalkan ke pasaran automotif dan masih belum dikenali ramai pada masa itu.  Begitu juga Proton X70 yang kini menjadi salah satu SUV kegemaran rakyat Malaysia. Ia turut menggunakan minyak pelincir Shell Helix. 

BACA >>> Geely, Shell Sambut Hari Jadi ke-12 Tahun!

 

logo-shell
geely-auto-logo

Malah, semua model yang bakal dibawa masuk Malaysia kelak turut dimaklumkan akan menggunakan minyak pelincir Shell Helix. Malah, model SUV kompak Binyue (disebut sebagai X50 untuk pasaran Malaysia), juga akan dipacu enjin yang mendapat khidmat bendalir Shell Helix.

Bagi memahami lebih lanjut mengenai teknologi Shell, kami berkesempatan melawat ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Shell di Shanghai, China, baru-baru ini. 

Tentu anda tertanya, kenapa mesti Shell dan bukan jenama lain?

Ya, memang soalan itu pun yang kami ajukan dalam siri lawatan khas ke China itu, dan jawapan Shell mudah;

Shell bukan sekadar pengeluar petrol atau minyak pelincir, kami turut menawarkan bantuan dan servis teknikal. 

“Misalnya, kerjasama Shell dan Geely adalah melibat R&D teknikal dalam menghasilkan minyak pelincir terbaik. Malah, minyak pelincir Shell dirumus khas mengikuti piawaian ditetapkan Volvo dan Geely."

Jadi tidak hairanlah kerjasama teknikal Shell-Geely ini mampu bertahan selama 12 tahun. Shell juga akan menyokong usaha Geely untuk menjadi peneraju jenama tenaga baharu di bawah inisiatif Blue Geely.

BACA >>> 15 Fakta Pantas: Tentang Geely Jia Ji yang Perlu Anda Tahu (Foto Luaran + Dalaman)

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Geely Auto, Proton, Proton X70, Shell

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my