Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»15 Fakta Pantas: Tentang Geely Jia Ji yang Perlu Anda Tahu (Foto Luaran + Dalaman)
Roda4

15 Fakta Pantas: Tentang Geely Jia Ji yang Perlu Anda Tahu (Foto Luaran + Dalaman)

Han OthmanBy Han Othman22/03/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GEELY baru-baru ini menyiarkan imej rasmi pertama kenderaan pelbagai guna (MPV) global yang diberikan nama Jia Ji (嘉际 dalam Cina).  MPV dengan gaya mudah, bergaya, pintar dan hijau itu mewakili cabang baharu dalam produk Geely yang sebelum ini lebih menumpukan kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan.

MPV global pertama Geely itu menampilkan estetika dan falsafah rekabentuk di luar kebiasaan MPV tradisional  dengan menghasilkan MPV berorientasikan famili yang slik dan memenuhi keperluan mobiliti keluarga moden menerusi visual dan pengalaman pemanduan baharu.

BACA >>> Geely Dedah Nama MPV VF11, Model Pengganti Exora Menjelang 2020?

Apa dimahukan famili muda? Menurut Geely, kenderaan yang dipilih ialah berasaskan keselamatan, material bersih, kualiti tinggi, nilai tinggi, pintar, stail, dan selesa. Jadi, semua elemen berkenaan diterapkan pada Jia Ji.

Berikut 15 fakta ringkas tentang MPV Geely Jia Ji yang perlu anda tahu:

1. MPV ini direka studio rekabentuk Geely, salah satu daripada lima studio rekabentuk global yang terdiri daripada 600 tenaga kerja dari seluruh dunia.

2. Jia Ji dibina berasaskan bahasa rekabentuk baharu ‘perlumbaan merentasi ruang dan masa’ (racing through space and time) yang turut diterapkan pada produk baharu Geely lain seperti Bo Rui GE dan Bin Rui

3. Menampilkan rekabentuk famili yang bergaya, terkini, dan dinamik, terdiri daripada lampu utama meteor, gril kosmos, gril bawah lebar, garis strim badan gaya coupe, badan berlekuk  dan bumbung terapung.

4. Ruang dalaman direka dengan teknologi bersepadu, disusun melebar yang berpaksikan pemandu. Perhatian istimewa bertumpu kepada visual papan pemuka penuh, panel kawalan sentral mewah dan konsol kawalan bumbung.

5. Ruang tengah papan pemuka terhidang panel infotainment skrin lebar terapung 12.3 inci dengan punat hitam piano yang memberikan suasana pintar dan mewah.

6. Konsol kawalan bumbung di sisi kanan atas pemandu didatangkan dengan lampu siling yang dapat diaktifkan menggunakan pergerakan. Selain menambah baik aspek keselamatan kerana penumpang tidak perlu lagi tercari-cari suis lampu ketika gelap, ia juga menyerlahkan teknologi pintar dimiliki MPV baharu ini.

BACA >>> Apakah Rahsia di Sebalik Nama Proton X70?

7. Dek berganda panel kawalan sentral dengan ruang storan tambahan di bawah kawasan kawalan aras atas memberikan fokus kepada pemandu dalam MPV. Tambahan kepada tuil anjakan elektrik ialah panel kawalan sentral yang dilengkapkan pemegang cawan pintar, boleh digunakan untuk memanaskan dan menyejukkan minuman.

8. MPV baharu ini memiliki 3 opsyen konfigurasi tempat duduk yang boleh diubah mengikut keperluan pengguna muda sama ada untuk mobiliti keluarga, berjumpa rakan, kembara bisnes, dan lain-lain keperluan pengangkutan kenderaan bersaiz besar. Konfigurasi tempat duduk dapat diubah suai seperti berikut:

  • 2+2+2
  • 2+2+3
  • 2+3+2

9. Seiring inisiatif ‘Blue Geely Initiative’ yang mana Geely komited membangunkan 90 peratus jualan kepada kenderaan tenaga baharu, termasuk hibrid dan elektrik penuh menjelang 2020, Jia Ji akan ditawarkan sepenuhnya menggunakan teknologi tenaga baharu.

10. Untuk pasaran China, Jia Ji menawarkan 4 varian enjin, iaitu:

  • 1.5L pengecasturbo petrol (176hp, 255Nm), manual 6-kelajuan
  • 1.8L pengecasturbo petrol (181hp, 300Nm), automatik 6-kelajuan
  • 1.5L pengecasturbo petrol hibrid ringan @ MHEV (188hp, 300Nm), automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuan
  • 1.5L pengecasturbo petrol hibrid plug-in @ PHEV (256hp, 385Nm), automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuan

11. Versi MHEV dilengkapkan gabungan trenkuasa 1.5TD dan hibrid ringan 48V BSG  berkuasa 188hp dan tork maksimum 300Nm dengan penggunaan bahan api bandar/lebuh raya tergabung 5.9 liter per 100km.

12. Versi PHEV dilengkapkan gabungan trenkuasa 1.5TD+hibrid plug-in dan bateri litium kapasiti ultra-tinggi 11.3kWh yang memberikan kuasa maksimum 256hp, tork maksimum 385Nm dan penggunaan bahan api bandar/lebuh raya tergabung 1.6 liter per 100km.

13. Versi konvensional pula dilengkapkan trenkuasa 1.8TD+transmisi automatik 6-kelajuan berkuasa 181hp dan tork 300Nm. Satu lagi tambahan varian ialah versi transmisi manual dengan enjin 1.5L pengecas turbo berkuasa 176hp dan tork 255Nm.

14. Dari segi kuasa, ekonomi, dan prestasi NVH (kadar kesenyapan kabin), Jia Ji sudah sedia mencapai piawaian kenderaan tahap antarabangsa. Malah Geely Auto diakui sebagai jenama automotif China yang menawarkan kualiti tinggi, nilai tinggi dan teknologi tinggi seperti Bo Rui, Bo Yue, dan Emgrand GS. Jadi, pelancaran Jia Ji dilihat sebagai komitmen Geely dalam menembusi pasaran antarabangsa.

15. Jia Ji sudah dilancarkan pada 14 Mac lalu, dan nanti menggunakan teknologi elektrik dan turbo baharu yang dibangunkan Geely dalam mempromosikan kenderaan mesra alam.

BACA >>> MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China

GALERI

 

fakta pantas Geely Geely Auto Geely Jia Ji Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

04/07/2026
PHEV

Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

02/07/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

02/07/2026

2 Comments

  1. Nizam on 16/11/2018 19:06

    Nmpak gayanye Protun sedah jadi (Kambing Hitam) sebagai alat syarikat besar seperti cino geily untuk memasarkan produk-produk dia di pasaran tempatan. Tiada pembangunan mahu pun produk sediri dari protun.

    Reply
    • AO on 17/11/2018 13:38

      Geely-Proton memang ada rancangan jangka panjang untuk R&D. Tapi produk tetap kena keluar setiap tahun. Jadi kena sabar menunggu.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

By Han Othman28/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.