Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Artikel Paling Hit 2016 di PanduLaju
Autotainment

10 Artikel Paling Hit 2016 di PanduLaju

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

artikel-paling-hit-2016
BEGITU pantas masa berlalu. Moga tahun baru 2017 memberikan sinar baru buat kita semua dalam mencapai apa yang diimpikan. Amboi, mukadimah bukan main. Ok, sekarang kami buka tirai 2017 dengan artikel khas 10 artikel paling hit di PanduLaju sepanjang 2016.

Ya, semua artikel di bawah ialah artikel yang paling banyak dikongsi anda semua. Daripada artikel berbentuk informasi hinggalah kepada hal kereta, motosikal dan isu semasa. Apa yang kami dapat simpulkan, apa yang anda kongsikan itu kadangkala memang sukar dijangka.Ā Benarlah kata pepatah, lautan dalam lagikan diduga, inikan pula hati manusia. Chewwah!

Apapun, terima kasih daripada kami tim PanduLaju. Selamat Tahun Baru 2017!

10. 4,508 PERKONGSIAN

#SembangDeras: Mana Lebih Seronok, Pandu Gear Manual atau Automatik?

Menduduki tempat ke-10 sebagai artikel paling banyak dikongsi pembaca PanduLaju. Mungkin ramai yang terkenang saat memandu kereta manual mereka ketika mula belajar memandu dahulu sehinggalah transmisi konservatif itu kini perlahan-lahan di ambang kepupusan.

Ketika ini cuma kereta jenama tempatan, Proton dan Perodua, serta jenama import Toyota yang masih menawarkan transmisi manual bagi kereta penumpang. Fakta pahit ditelan, permintaan untuk jentera manual memang merosot dan menunggu masa akan pupus.

9. 4,650 PERKONGSIAN

Harga Minyak RON95, RON97 & Diesel Naik Bermula Esok

Tidak tahulah kenapa artikel harga minyak ini yang paling banyak dikongsi pembaca kami. Artikel disiarkan adalah tentang harga minyak untuk Oktober 2016 yang mengalami kenaikan 10 sen untuk petrol (RON95 dan ROM97) dan 5 sen, diesel. Peningkatan yang tidak terlalu signifikan, tetapi mungkin disebabkan kami antara media pertama yang menyiarkan kenaikan tersebut iaitu jam 7.42 malam. Tidaklah awal sangat pun. šŸ˜›

8. 4,690 PERKONGSIAN

Boon Siew Sah Bawa Masuk Honda MSX125 Tahun Ini

Dalam banyak reviu motosikal, Honda MSX125 pula yang masuk dalam carta 10 terhangat dikongsi. Memang pelik, tetapi apakah orang Malaysia sudah mula mengubah cita rasa mereka? Mungkinkah Honda Boon Siew perlu me’marhaen’kan lagi harga MSX125 atau memperkenalkan model lain seumpamanya yang lebih mampu milik?

7. 4,736 PERKONGSIAN

“Terima Kasih Semua, Moga Jumpa Lagi” – Impian Danish Rizqin Rosli, Penghidap Barah Otak Tertunai

Antara artikel paling sedih yang pernah disiarkan kami. Mengisahkan tentang pengidap barah Medulloblastoma, adik Danish Rizqin Rosli yang berhasrat mahu melawat kilang Proton. Apa yang mengagumkan kami ialah pengetahuan luas adik Danish tentang automotif. Serius, pengetahuan adik kecil ini tentang dunia permotoran boleh dikatakan 10 tahun ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya! Semoga dia cepat sembuh. Amin.

6. 6,968 PERKONGSIAN

Kereta ‘Total Lost’, Saya Masih Selamat – Pemilik Proton Preve Cerita Detik Cemas Kereta Berpusing dan Terbalik

Cerita mengenai insiden menimpa pemilik Proton Preve, Joe Fernandez yang terbabit kemalangan teruk hingga menyebabkan keretanya ‘total lost’. Joe dan isteri bernasib baik kerana terselamat. Sudah tentu apa yang menarik perhatian pembaca kami untuk berkongsi artikel iniĀ adalah kerana ciri keselamatan Proton Preve. Ia sesuatu usaha yang patut dipuji rakyat Malaysia, terutama pemilik Proton sendiri. šŸ˜€

5. 7,686 PERKONGSIAN

Tidak Sangka Kawan Beruniform Rupanya ‘Scammer Motor Piang’, Biker Ini Mahu Tuntut Keadilan!

Artikel ini menceritakan tentang nasib Syed Hassen dikelepet kawan sendiri sampai terbeli motosikal berkuasa besar berstatus ‘piang’. Masalah jadi rumit sebab kawan dia adalah seorang anggota beruniform hingga menyebabkan lesennya digantung dan berdepan samanĀ mahkamah mencecah puluhan ribu ringgit. Dengarnya, kes dihadapi anak jati Pulau Pinang ini masih tiada penyelesaian. Kepada kawannya itu, moga hidup kau tidak aman.

4. 8,074 PERKONGSIAN

Foto Proton Saga 2016 Bocor! Mampukah Cabar Perodua Bezza?

Jika orang Jerman ada Volkswagen Golf, orang British ada Mini Cooper, orang Jepun ada Toyota Corolla dan Honda Civic, Malaysia pula ada Proton Saga sebagai model kereta paling ikonik di hati rakyat negara ini. Jadi, tidak mengejutkan pun apabila artikel ini menempah tempat keempat paling banyak dikongsi.

3. 1,3148 PERKONGSIAN

10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

Tidak hairanlah duduk di carta ke-3. Suzuki Malaysia sudah pun menutup operasinya di Malaysia untuk pengeluaran motosikal bersesaran kecil seperti kapcai. Ya, tiada lagi jenama kapcai Suzuki pada masa akan datang. Kami cuba mengimbas semula memori rakyat Malaysia tentang motosikal Suzuki. Memang masing-masing ada kenangan manis dengan jenama motosikal Jepun itu.

2. 13,828 PERKONGSIAN

Honda CBR250RR Masuk Malaysia Hujung Bulan ini?

Mungkin inilah motosikal idaman rakyat Malaysia, iaitu kompak, berkuasa, harga OK dan berjenama Honda. Apa lagi yang dimahukan pencinta motosikal Malaysia selain memiliki semua itu? Mungkinkah Honda ada potensi besar untuk melakukan kejutan pada tahun ini? Sama-sama kita tunggu.

1. 44,989 PERKONGSIAN

Rekaan Belakang Proton Saga Baharu Yang Memberahikan Oleh Ajerul Antoine

Inilah artikel paling hit dan meletup pernah disiarkan kami sepanjang 2016. Kemunculan pereka muda berbakat besar, Ajerul Antoine seakan memberikan nafas baru dalam dunia manipulasi grafikĀ automotif. Siapa sangka dengan sekeping foto Proton Saga serba baharu yang diubah suai, artikel kami mendapat perkongsian lebih 44,000. Ia satu angka yang bukan mudah untuk diperoleh oleh laman web yang dibenci sesetengah orang ini. Ajaibnya,Ā rekaan Ajerul merealisasikanpencapaian hebat itu! Semestinya kami sentiasa menantikan sentuhan segar daripada anak muda itu. šŸ™‚

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my Ā· GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.