Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Brazil Perkenal Edisi Marvel untuk Fazer 250, Lander 250, Harga Mula RM13.7k
Roda2

Yamaha Brazil Perkenal Edisi Marvel untuk Fazer 250, Lander 250, Harga Mula RM13.7k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Brazil
sebelum ini membuat kejutan dengan menawarkan dua seragam Starwars untuk model NMAX dengan mendapat sambutan baik daripada pembeli negara itu.

Kini, Yamaha meneruskan momentum baharu dengan memperkenalkan tiga pilihan seragam baharu edisi Marvel membabitkan tiga adiwira Marvel berbeza yang semestinya watak dalam siri The Avengers.

Sebenarnya, tiga produk adiwira Marvel itu diperkenalkan sempena ulang tahun Yamaha Brazil ke-50, terdiri daripada Captain America, Captain Marvel dan Black Panther.

Logo Yamaha

Seragam edisi khas itu direka khas untuk dua sportbike, iaitu Fazer 250 (FZ25) dengan seragam Captain Marvel dan Black Panther, dan Lander 250 (XTZ 250) mendapat seragam Captain America.

Sebenarnya, Yamaha Brazil pernah memperkenalkan barisan model dengan pelbagai watak adiwira pada Pameran Motosikal 2019, terdiri daripada versi Iron Man, Spider-Man dan Thor.

Logo Yamaha

Menurut beberapa laporan, beberapa varian motosikal dengan watak Marvel sudah pun diedarkan kepada semua rangkaian pengedar Yamaha seluruh Brazil bermula bulan ini.

Laman web Yamaha Brazil memaparkan ketiga-tiga motosikal ini menggunakan trenkuasa sama, jenis silinder tunggal 249cc  SOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI), manakala transmisi klac manual 5-kelajuan.

Fazer 250 mempunyai output kuasa dan tork lebih tinggi berbanding Lander 250 seperti berikut:

  • Lander 250 – 20.7hp @ 8,000rpm (petrol), 20.9hp @ 8,000rpm (etanol)
  • Fazer 250 – 21.3 @ 8,000rpm (petrol), 21.5hp @ 8,000rpm (etanol)

Angka tork pula sama untuk dua model tersebut, iaitu 20.6Nm @ 6,500rpm sama ada menggunakan bahan api petrol atau etanol.

Nisbah mampatan Fazer 250 ialah 9.8: 1, manakala Lander 250 9.6: 1 yang mempengaruhi perbezaan prestasi setiap model. Lander 250 ialah motosikal kategori advencer dan Fazer pula jenis streetbike atau naked bike. Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan mengenai jumlah unit dijual, atau dijual sebagai model edisi terhad.

Model Fazer dijual pada harga 18,090 real (RM13,720), dan Lander berharga 19,290 real (RM16,640).

SUMBER: IwanBanaran | YamahaBrazil

roda2 Yamaha Brazil Yamaha Fazer 250 Yamaha Lander 250
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.