Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Walaupun Jazz Baharu Debut Bulan Ini, Honda NZ Tenang Lancar Edisi 2020
Roda4

Walaupun Jazz Baharu Debut Bulan Ini, Honda NZ Tenang Lancar Edisi 2020

Abang HirataBy Abang Hirata03/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Jazz sebenarnya sudah memasuki kitaran akhir produk dengan model pengganti bakal ditayangkan di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 pada 24 Oktober ini. Mungkin ada yang rasa Jazz masih baharu, tetapi faktanya hatchback subkompak itu berada dalam pasaran Jepun sejak 2013 lagi.

Antara kelebihan Honda, model-model dihasilkan sentiasa nampak baharu walaupun sudah berusia. Dengan kelebihan itu, tidak hairanlah Honda New Zealand (Honda NZ) melancarkan Jazz edisi 2020 pada 24 September lalu.

Ini bukan model dipertingkat (facelift), Honda NZ cuma memperbaharui Jazz (2020) supaya tampak lebih segar dan relevan dengan trend semasa. Berbeza pasaran Malaysia, Jazz spesifikasi NZ menerima enjin 1.3L DOHC i-VTEC berkuasa 97.8hp @ 6,000rpm dan tork 119Nm @ 5,00rpm dengan tahap penjimatan bahan api 5.1 liter per 100km.

BACA >>> #Spyshot: Honda Jazz Serba Baharu Akan Lancar Bulan Depan, Eropah Dapat Versi Hibrid

VARIAN RS SPESIFIKASI NZ

Satu lagi kelebihan Jazz spesifikasi NZ ialah kehadiran varian RS yang didatangkan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 130hp @ 6,600rpm dan tork 155Nm @ 4,600rpm (Jazz Malaysia: 1.5L SOHC i-VTEC). Berbanding versi 1.3L, Jazz RS menawarkan penjimatan bahan api 5.6 liter untuk jarak perbatuan 100km.

Lebih mengujakan, Jazz RS (2020) ada pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan CVT, cukup istimewa kerana versi manual tiada di negara kita. Sebenarnya bukan Jazz saja, tetapi semua model penumpang Honda Malaysia lain, kecuali Civic Type R.

Ciri standard semua varian Jazz spesifikasi NZ terdiri daripada 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Kawalan Traksi (TCS), ISOFIX, tali keledar pra-tegangan dengan pengehad beban, Bantuan Brek Bandar (CTBA), Bantuan Mula Daki (HSA), Signal Henti Kecemasan (ESS), kamera undur, sensor parkir, penghidup tanpa kunci @ keyless entry dan lampu utama tutup automatik.

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

Ruang dalaman, sistem infotainment skrin sentuh Jazz RS (2020) kini ditambah baik dan lebih basar, punat audio fizikal (ada pengguna tidak suka kawalan sentuhan) dan ciri Apple CarPlay berserta Android Auto. Ada juga unit pemain CD dan DVD dengan pilihan naik taraf sistem Premium Audio.

Ciri lain sistem audio ialah Kawalan Suara, port USB untuk mengecas peranti elektronik dan stereng dengan punat kawalan.

Jazz RS juga tampil dengan kemasan istimewa. Upholsteri kabin menggunakan kemasan RS Sports Trim dengan trim jingga pada kerusi, panel pintu, stereng, papan pemuka dan tombol gear. Sistem suspensi dan stereng juga ditala berbeza berbanding model standard untuk pengendalian lebih tajam yang menyumbang kepada keseronokan pemanduan.

Dari segi waranti, Honda NZ menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had perjalanan dan bantuan jalanan 24 jam selama tujuh hari seminggu.

BACA >>> Boon Siew Honda Sedang ‘Nego’, ADV 150 Akan Masuk Malaysia?

Berikut varian dan harga barisan produk Jazz (2020) spesifikasi NZ:

  • Jazz S – NZ$22,990 (RM60,320)
  • Jazz RS – NZ$25,990 (RM68,190)
  • Jazz RS Sport – NZ$27,890 – (RM73,170)
  • Jazz RS Mugen – NZ$30,290 – (RM79,470)
GALERI
hatchback segmen-B hatchback subkompak Honda Honda Jazz Honda Jazz (2020) Honda Jazz RS Honda Jazz RS (2020) Honda Jazz S (2020) Honda New Zealand Honda NZ Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.