• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Boon Siew Honda Sedang 'Nego', ADV 150 Akan Masuk Malaysia?

September 11, 2019 By AI 12 Comments

PADA Julai lalu, Honda ADV 150 rasmi berlabuh di Indonesia. Kehadiran pesaing kepada Yamaha NVX 155 itu berjaya menarik perhatian ramai peminat motosikal dunia, termasuk Malaysia yang terpaksa pasrah melihat model itu dalam skrin telefon pintar masing-masing.

Sekarang, kami ada berita gembira buat anda!

Hasil risikan dengan sumber atasan Boon Siew Honda (BSH), ADV 150 berpotensi besar untuk masuk ke pasaran Malaysia. Perbincangan bersama pengurusan Honda di Jepun kini sedang dibuat untuk membolehkan skuter advencer itu dibawa masuk ke negara ini. Bagaimanapun bilakah masa yang tepat masih belum dapat dipastikan.

BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Advance Explorer - Modifikasi Touring untuk Kembara Lasak

Jadi boleh disimpulkan, jika BSH mendapat lampu hijau dari Jepun, maka dapatlah peminat Honda memiliki ADV 150. Adakah skuter advencer itu akan tersenarai dalam model 2019? Jika segalanya berjalan lancar, memang tidak mustahil diperkenalkan tahun ini.

Sebagai makluman, BSH menyenaraikan 13 model untuk 2019, terdiri daripada produk baharu dan naik taraf. Buat masa ini, antara model yang sudahpun dilancarkan ialah Super Cub 125, CB1100 RS, CBR1000RR Fireblade SP, CB250R, CRF250 Rally, CBR500R, CB500F dan CB500X. Jadi masih ada baki lima model belum diperkenalkan.

ADV 150 dijana enjin 4-lejang 149.3cc SOHC berkuasa 14.5hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan transmisi V-Matic. Di Indonesia, model itu dijual pada harga sekitar Rp33.5 juta (RM9,967).

BACA>>>Honda ADV 150 Capai Jualan Mengejutkan, Cecah 10,000 Unit Sebulan di Indonesia

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), BSH, Honda, Honda ADV 150, skuter, skuter advencer, skuter nvx, Yamaha, Yamaha NVX 155

Comments

  1. Rodney says

    September 11, 2019 at 10:17 PM

    Saya berminat motor adv 150cc…

    Reply
  2. Pokok says

    September 13, 2019 at 11:22 AM

    Berminat ini molto mau mau

    Reply
  3. shadow says

    September 14, 2019 at 4:11 PM

    saya pengguna honda pcx.harap adv yg masuk malaysia biarlah 250 sebab vario-pcx dh 150.kasi saingan skit lah ke xmax

    Reply
  4. Enche Faizal says

    September 19, 2019 at 6:33 PM

    Salam Pandulaju. Ini ada soalan panas dari saya. Adakah harga motorsikal di Indonesia dijual lebih tinggi dari RRP yg disyorkan ataupun cuma Malaysia sahaja yg harga motorsikalnya bak Yahudi kerana penjual mencari untung berlebihan? Terima kasih.

    Reply
    • AO says

      September 20, 2019 at 6:32 PM

      Sama saja. Cuma harga di Indonesia tak keterlaluan daripada RRP sebab persaingan dan pasaran besar. Sama macam harga jualan di India.

      Yang betul-betul macam pasaran Malaysia ialah Vietnam.

      Reply
  5. Fadli says

    November 4, 2019 at 11:47 PM

    Please… 2019 kasi masuk ini motorsikal la di Malaysia… Sy minat sangat..

    Reply
    • Viewer says

      November 26, 2019 at 6:46 PM

      Aku pun tgh tggu adv 150 ni..bila nk kluar? Nanti abis duit aku beli benda lain pulak…

      Reply
  6. Izh says

    November 8, 2019 at 9:20 PM

    harap masuk la.. baru nak amek nvx..
    dgr je adv ni terus hold dulu.. kemon BSH..

    Reply
  7. cik puan bee says

    November 12, 2019 at 4:09 PM

    BSH pls la.. sy tunggu ADV je ni…dah xlarat mau bawak honda icon

    Reply
  8. znol says

    November 14, 2019 at 6:27 PM

    Bila tu nk masuk malaysia…dah tunggu lama ni..

    Reply
  9. Iman Hariz says

    November 23, 2019 at 12:13 PM

    aku dah seminggu review moto ni.
    memang best dan aku minat.
    bila boleh masuk Malaysia?

    Reply
  10. Zorro 8169 says

    December 2, 2019 at 8:32 PM

    Sudah ready nak booked and ride!
    Bila lagi nak jual?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?#TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my