Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen ID Buggy – Ilham Kereta Bugi Pantai California Era 1960-an
Roda4

Volkswagen ID Buggy – Ilham Kereta Bugi Pantai California Era 1960-an

Abang HirataBy Abang Hirata21/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN (VW) sudah pun mengumumkan penamatan model ikonik Beetle tahun ini, dan setakat ini masih tiada berita rasmi tentang model pengganti. Gambaran dalam media massa seakan model berusia puluhan tahun itu akan ditamatkan terus.

Namun, di sebalik penamatan tersebut, VW memperkenalkan model konsep ID Buggy, diilhamkan daripada model Beetle yang diubah suai kepada kenderaan pantai dan berpasir, juga popular dengan nama Buggy sekitar era 1960-an.

BACA >>> Volkswagen Bakal Tampilkan Semula Buggy Pantai Era 60-an dalam Bentuk EV!

ID Buggy dibawa ke California untuk ditayangkan kepada pengunjung Pebble Beach Concours d’Elegance sempena  Monterey Car Week 2019.

Model konsep ini dibina berasaskan platform modular elektrik, MEB khusus untuk model elektrik Volkswagen Group. Rekabentuk platform baharu itu membolehkan bahagian atas ID Buggy yang dibuat daripada komposit, ditanggalkan daripada casis MEB.

Ia sengaja direka sebegitu supaya dapat diterima dan disesuaikan pengeluar pihak ketiga, sama seperti Meyers Manx, iaitu kit pertama Beetle yang diubahsuai kepada kereta bugi.

BACA >>> Volkswagen T6.1 (2019), Van Komersial Versi Lebih Elegan dan Canggih!

ID Buggy kekal dengan DNA kereta pantai yang tanpa pintu dan bumbung serta dilengkapi komponen khas rim 18 inci, tayar off-road BFGoodrich All-Terrain T/A bersaiz 255/55 (depan) dan 285/60 (belakang), dan plat aluminium solid sebagai pelindung bahagian bawah kereta.

Di sebalik bampar dipasangkan besi untuk sambungan tunda, manakala frem cermin depan diperkuatkan. Palang Targa berfungsi sebagai pilar-B dan -C untuk melindungi penumpang jika terbalik. Ruang dalaman tampil minimalis dengan paparan informasi digital, stereng bentuk heksagon dan upholsteri kulit Nappa kalis air.

BACA >>> Pengeluaran Volkswagen Beetle Ditamatkan, Unit Paling Akhir Dikeluarkan di Mexico

ID Buggy digerakkan motor elektrik, ditempatkan pada gandar belakang dan kotak gear kelajuan tunggal, manakala bateri berkuasa 62 kWh dipasangkan di lantai untuk menjimatkan ruang.

Prestasi kereta bugi moden ini memang boleh tahan, mampu mencapai kuasa setinggi 204hp dan tork setinggi 310Nm dengan kelajuan maksimum 160kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 7.2 saat. Jarak pemanduan untuk sekali cas penuh ialah 250km mengikut piawaian Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Kepada peminat Beetle, walaupun nasib model pengganti masih tidak diketahui, tetapi DNA masih kekal pada ID Buggy. Mungkin pada masa akan datang Beetle akan hadir dalam versi elektrik?

BACA >>> Volkswagen Jetta GLI (2019), Jelmaan Golf GTI dalam Bentuk Sedan

GALERI
Buggy EV ID Buggy Kereta Bugi kereta elektrik Monterey Car Week 2019 Pebble Beach Concours d’Elegance Platform MEB Roda4 Volkswagen Volkswagen ID. Buggy vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.