Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo Lancar ‘Kalkulator Selamat’, Nilai Emosi dan Kewangan Sebuah Kehilangan
Auto Terkini

Volvo Lancar ‘Kalkulator Selamat’, Nilai Emosi dan Kewangan Sebuah Kehilangan

SyafieBy Syafie26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLVO Car Malaysia memperkenalkan satu platform interaktif baharu dikenali sebagai ‘Kalkulator Selamat’ yang dibangunkan bersama Mr Money TV bagi meningkatkan kesedaran tentang impak emosi dan kewangan akibat kehilangan insan tersayang dalam kemalangan jalan raya.

Inisiatif itu merupakan kesinambungan kempen ‘Selamat’ oleh Volvo Car Malaysia yang kini bukan lagi sekadar menekankan aspek keselamatan sebagai spesifikasi kenderaan, tetapi sebagai budaya hidup dan tanggungjawab bersama.

Platform Refleksi Tentang Nilai Sebuah Kehilangan

Melalui Kalkulator Selamat, pengguna perlu menjawab beberapa siri soalan berkaitan:

  • Umur
  • Kerjaya
  • Pendapatan
  • Tanggungan keluarga
  • Gaya hidup
  • Nilai peribadi

Berdasarkan jawapan diberikan, sistem akan menghasilkan profil risiko keselamatan individu selain menganggarkan kesan kewangan dan emosi yang mungkin ditanggung insan tersayang jika berlaku perkara tidak diingini.

Peserta turut akan dikategorikan kepada empat profil fasa kehidupan iaitu:

  • Tulang belakang keluarga
  • Pasangan dalam perkahwinan
  • Individu solo
  • Pendaki kerjaya

Menurut Volvo, platform tersebut diwujudkan bagi memberi kesedaran bahawa akibat kecuaian di jalan raya bukan sekadar berlaku ketika kemalangan, tetapi turut memberi kesan besar terhadap masa depan dan kehidupan insan sekeliling.

‘Tamparan Kesedaran’ Buat Pengguna Jalan Raya

Pengarah Jualan dan Pemasaran Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw berkata, Kalkulator Selamat bukan dicipta untuk meletakkan harga pada nyawa manusia, sebaliknya sebagai peringatan tentang betapa berharganya setiap individu dalam kehidupan orang tersayang.

Katanya, nilai sebenar keselamatan bukan diukur menerusi harta benda, tetapi hubungan dan kenangan yang dibina bersama keluarga serta insan sekeliling.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Mr Money TV, Peter Yong menyifatkan platform tersebut sebagai satu “tamparan kesedaran” kepada masyarakat.

Menurut beliau, ramai terlalu mengejar kemewahan sehingga terlupa bahawa keselamatan diri sebenarnya adalah pelaburan paling penting dalam kehidupan.

Sebahagian Kempen Selamat Volvo

Kalkulator Selamat turut menjadi sebahagian daripada program Selamat Driving Experience yang berlangsung pada 16 hingga 17 Mei 2026.

Volvo menjelaskan kempen itu bertujuan mengubah persepsi masyarakat bahawa keselamatan jalan raya bukan sekadar mematuhi undang-undang, tetapi satu tanggungjawab bersama demi memastikan setiap perjalanan berakhir dengan selamat.

Platform Kalkulator Selamat kini boleh diakses secara dalam talian menerusi Volvo Car Malaysia Selamat Calculator.

Auto Terkini Kalkulator Selamat Selamat Driving Experience VOLVO Car Malaysia (VCM)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.