Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Golf GTI Mk8 Kini dengan Konektiviti Pintar (243hp, 370Nm)
Auto Terkini

Volkswagen Golf GTI Mk8 Kini dengan Konektiviti Pintar (243hp, 370Nm)

Abang HirataBy Abang Hirata02/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN ialah contoh pengeluar yang mengetengahkan falsafah rekabentuk timeless dengan membawa tema evolusi berbanding revolusi.

Ambil contoh Golf yang sudah berusia lebih empat dekad, tetapi masih mengekalkan rekabentuk ‘berkotak’ seperti generasi pertama. Walaupun diasak pelbagai trend pengeluar lain, rekabentuk hot-hatch itu tidak jauh berbeza dari generasi ke generasi dan bukti terbaru dapat dilihat pada Golf baharu.

Bagaimanapun, tidak semua pengeluar boleh menggunakan tema timeless kecuali mempunyai produk berjenama dan reputasi kukuh.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Gambar Penuh Volkswagen Golf 8 (2020) Jalani Rakaman Komersial

Terbaharu, Volkswagen mendedahkan varian sporty dan ikonik, Golf GTI generasi kelapan (Mk8)  yang tampil kemas dan berkuasa.

Golf GTI ialah model yang bertahan cukup lama dan kini sudah memasuki tahun ke-44 pengeluaran. Sama seperti generasi terdahulu, ada saja perkara baharu dibawa model ini. Kali ini ialah teknologi konektiviti dan interaksi digital.

CIRI UTAMA GOLF GTI 2020 (Mk8)

TRENKUASA

  • Enjin 4-silinder 2.0L Turbo (EA888 evo4)
  • Kuasa 243hp dan tork 370Nm
  • Dua opsyen transmisi: Standard manual 6-kelajuan (MQ350), dan dual-klac (DCT) 7-kelajuan (DQ381 DSG)
  • Transmisi DSG dengan fungsi Shift-by-Wire baharu
LUARAN
  • Lampu utama LED diposisikan ke bawah dengan garisan horizontal dari gril merentasi lampu. Garis merah yang menjadi identiti Golf GTI diletakkan atas lampu dan gril.
  • Satu lagi ciri utama ialah gril bawah yang mendominasi bampar dengan corak sarang lebah (honeycomb) dan bahagian sisi dimuatkan lima kluster lampu dalam corak tersebut. Unik dan pintar.
  • Rim aloi Richmond 17 inci. Pembeli juga ditawarkan pilihan rim 18 inci atau 19 inci.
  • Bahagian bawah dari depan, sisi hingga belakang didatangkan dengan sil hitam. Kit badan yang tidak menonjol ini juga menjadi identiti Golf GTI.
  • Bahagian belakang tampil ringkas kecuali dua muncung ekzos kembar di kiri dan kanan.
DALAMAN
  • Stereng sport multifungsi dan suis pilihan untuk Bantuan Travel (Travel Assist) yang boleh digunakan hingga kelajuan 210kmj.
  • Kerusi sporty dengan corak klasik dikekalkan dan diberikan nama baharu Scalepaper. 
  • Menampilkan Innovision Cockpit, iaitu skrin meter Digital Cockpit 10.25 inci dan sistem navigasi 10 inci. Juga mempunyai 30 warna latar dan opsyen khas untuk Golf GTI.
  • Sistem digital dan infotainment yang boleh dihubungkan dengan servis atas talian We Connect dan We Connect Plus.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul ‘Kerusi Pelikat’ Volkswagen Golf GTI

PEMANDUAN DAN CASIS
  • Ada empat mod pemanduan: Individual, Comfort, Eco dan Sport.
  • Kawalan Casis Dinamik (DCC) – Bertindak balas terhadap permukaan jalan dan situasi pemanduan dengan mengambil kira pelbagai elemen seperti stereng, pembrekan dan pecutan.
  • Dengan mod pemanduan, tetapan dipilih akan mempengaruhi pengurangan pergerakan badan kereta.
  • Mendapan atau serapan (damping) setiap roda akan dilaraskan segera pada keempat-empat absorber .
  • DCC akan memberikan tahap pemanduan paling selesa dan memastikan dinamik pemanduan ideal melalui pengurusan pemanduan dinamik.

Golf GTI sepatutnya didedahkan secara rasmi pada Pameran Motor Geneva (GIMS) 2020, bulan ini, tetapi ddibatalkan gara-gara wabak Covid-19.

BACA >>> Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

GALERI
Volkswagen Volkswagen Golf Volkswagen Golf GTI Volkswagen Golf GTI Mk8 vw VW Golf GTI
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    LEPAS Debut Global di Auto China 2026 – Perkenal Strategi NEV dan Model L6 EV, L4 EV

    27/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Ioniq V Tampil Gaya Sporty, Jarak Lebih 600 km (CLTC)!

    27/04/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule – 630 Unit Sahaja Untuk Dunia!

    26/04/2026
    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.