• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Bocor Gambar Penuh Volkswagen Golf 8 (2020) Jalani Rakaman Komersial

#Spyshot: Bocor Gambar Penuh Volkswagen Golf 8 (2020) Jalani Rakaman Komersial

August 5, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Golf generasi ke-8, dipanggil Golf Mk8 atau Golf 8, masih belum didedahkan secara rasmi kepada umum, tetapi imej hot-hatch popular itu sudah pun bocor tanpa sebarang samaran, dipercayai ditangkap ketika sedang menjalani penggambaran iklan komersial, baru-baru ini.

Imej itu, dikirimkan pembaca kepada laman permotoran, CarScoops, jelas menunjukkan model Mk8 tersebut tampil dengan warna sama seperti versi prototaip, sekali gus mengesahkan imej lakaran yang pernah didedahkan sebelum ini.

BACA >>> #Spyshot: Dijumpai di Afrika Selatan, Adakah Ini Kelibat Volkswagen Golf Mk8?

Kemas kini paling signifikan dilakukan ialah rupa belakang menerusi rekabentuk lampu baharu lebih slik dan sporty.

Ada juga aksen krom pada ekzos dan dua reflektor pada bampar belakang. Selain itu, imej depan ditunjukkan, walaupun dalam resolusi rendah, mendedahkan rekabentuk gril rendah dengan warna sama seperti warna badan. Ruang kabin dikhabarkan akan didatangkan dengan kluster meter digital penuh berserta unit infotainment skrin sentuh besar pada konsol tengah.

Volkswagen dijangka mendedahkan Golf 8 ini sempena Pamerah Motor Antarabangsa Jerman (IAA) 2019 di Frankfurt, September depan.

BACA >>> Volkswagen Golf 8 Akan Debut Penghujung 2019, Perlu Selesaikan Dulu Isu Hibrid

SUMBER: CarScoops

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, hot-hatch, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf, Volkswagen Golf 8, Volkswagen Golf Mk8, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my