Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule – 630 Unit Sahaja Untuk Dunia!
Auto Terkini

Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule – 630 Unit Sahaja Untuk Dunia!

Abang HirataBy Abang Hirata26/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AUTOMOBILI Lamborghini memperkenalkan Urus SE Tettonero Capsule di Milan. Model premium ini ditawarkan sebagai siri edisi terhad sebanyak 630 unit sahaja bagi pasaran dunia.

Model yang tampil dalam warna Viola Pasifae dan Verde Mercurius ini merupakan sebuah Super SUV yang dilengkapi trenkuasa hibrid.

Pemperibadian (personalisation) menjadi tunjang utama model ini di mana Lamborghini Centro Stile dengan kerjasama Ad Personam Studio menawarkan lebih 70 pilihan konfigurasi luaran dan dalaman.

  • Penampilan luaran merangkumi enam pilihan warna badan utama iaitu Arancio Xanto, Bianco Asopo, Grigio Telesto dan Viola Pasifae, selain dua warna baharu bagi model Urus iaitu Giallo Tenerife dan Verde Mercurius.
  • Kesemua warna ini digabungkan dengan kemasan Nero Shiny pada bahagian atas badan, bumbung, tiang, garis bentuk spoiler belakang serta hujung ekzos bagi mewujudkan kontras yang unik.
  • Pilihan ini diperluaskan lagi dengan enam warna kemasan luar tambahan yang terdiri daripada Arancio Borealis, Bianco Monocerus, Giallo Auge, Grigio Nimbus, Rosso Mars dan Verde Mantis.
  • Pelanggan juga boleh memilih enam warna berbeza untuk kaliper brek serta pilihan rim bersaiz 21, 22, atau 23 inci yang boleh disertakan dengan logo 63 pada pintu hadapan sebagai penghormatan kepada tahun penubuhan jenama ini.
  • Tambahan elemen gentian karbon pada difuser belakang, perumah cermin sis, dan splitter hadapan melengkapkan lagi rupa paras luaran yang agresif.

Kemasan Dalaman Ad Personam yang Eksklusif

Menjengah ke dalam, ruang kabin didominasi warna Nero Ade yang menjadi rona utama, selain ditawarkan dengan enam pilihan warna kontras bagi memberikan kesinambungan visual dengan warna badan kenderaan.

  • Pilihan warna kontras merangkumi Viola Acutus, Bianco Leda, Giallo Quercus, Arancio Dryope, Verde Viper dan Grigio Octans.
  • Terdapat 12 pilihan warna tambahan khusus untuk sulaman pada kerusi, penyandar kepala dan juga balutan bagi memastikan setiap unit adalah unik.
  • Penggunaan gentian karbon pada papan pemuka dengan logo cetakan silk screen, selain terdapat pada terowong tengah, kluster instrumen dan panel pintu.
  • Sebuah plat logo gentian karbon khas dipasang bagi meraikan ulang tahun ke-10 Ad Personam Studio dan lebih 20 tahun penglibatan Lamborghini dalam program pemperibadian eksklusif.
  • Keselesaan penumpang ditingkatkan melalui penggunaan kombinasi kulit Dinamica dan fabrik mikrofiber Corsa-Tex yang meliputi bahagian dalaman.

Trenkuasa hibrid 4.0L V8

Urus SE Tettonero Capsule dikuasakan  enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar yang beroperasi secara sinergi dengan motor elektrik segerak magnet kekal.

  • Sistem trenkuasa menghasilkan output keseluruhan sehingga 800 ps (588 kW) pada 6,000 rpm dan tork maksimum berjumlah 950Nm yang bermula dari 1,750 rpm sehingga 5,750 rpm.
  • Motor elektrik yang diletakkan sebelum transmisi automatik 8-kelajuan bertindak sebagai penggalak kuasa enjin V8 atau sebagai unit pacuan utama yang menjadikan SUV ini sebuah model 4WD elektrik sepenuhnya.
  • Dengan kapasiti bateri litium-ion 25.9 kWj di bawah lantai muatan, ia mampu dipandu dalam mod elektrik melebihi jarak 60 km.
  • Sistem pacuan ini turut menggunakan pembahagi tork kawalan elektronik dengan klac pelbagai plat bagi mengagihkan tork antara gandar hadapan dan belakang secara dinamik.
  • Gabungan sistem tersebut dengan perbezaan belakang gelinciran terhad elektronik membolehkan pemandu melakukan ciri oversteer on demand untuk sensasi pemanduan kereta.

Dinamik Pemanduan dan Kawalan

Prestasi model ini dibantu oleh tayar siri Pirelli P Zero yang dilaras khas untuk memberikan keselesaan dan pemanduan sport dalam semua saiz rim.

  • Bagi kegunaan dalam cuaca sejuk, tayar Scorpion Winter 2 disediakan sebagai pilihan alternatif.
  • Kesemua tayar dilengkapi teknologi Pirelli Elect yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti pemanduan kenderaan hibrid pertama Urus ini.
  • Keupayaan mekanikal memastikan cengkaman dan ketangkasan maksimum di pelbagai permukaan jalan, sama ada di litar lumba, kawasan berpasir, ais, mahupun laluan off-road.
  • Dengan nisbah kuasa kepada berat hanya 3.13 kg/ps, ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 3.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 312 km/j.

Spesifikasi Teknikal Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule

  • Enjin: 4.0 liter V8 turbo berkembar
  • Motor elektrik: magnet kekal segerak
  • Kuasa maksimum: 800 ps (588 kW)
  • Tork maksimum: 950Nm
  • Bateri: 25.9 kWj litium-ion
  • Transmisi: automatik 8-kelajuan
  • Pecutan 0-100 km/j: 3.4 saat
  • Pecutan 0-200 km/j: 11.2 saat
  • Kelajuan maksimum: 312 km/j
  • Jarak pemanduan elektrik: melebihi 60 km
  • Nisbah kuasa kepada berat: 3.13 kg/ps
  • Rim: 21, 22, atau 23 inci
  • Tayar: Pirelli P Zero / Scorpion Winter 2 dengan teknologi Pirelli Elect
  • Penggunaan tenaga gabungan: 21.4 kWj/100 km
  • Penggunaan bahan api gabungan: 5.71 l/100 km
  • Penggunaan bahan api (bateri kosong): 12.9 l/100 km
Lamborghini Lamborghini Urus Lamborghini Urus SE Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    11/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.