• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

March 31, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment


JIKA diperhatikan, mana-mana kereta yang laku keras mempunyai satu karakter sama, iaitu rekabentuk mudah dan ringkas. Ini dapat dilihat pada Perodua Myvi dan Proton Saga. Tidak terlalu menonjol dan sedang-sedang saja.

Di peringkat Eropah pula, model paling berjaya ialah Volkswagen Golf yang pada 29 Mac lalu mencecah usia 45 tahun. Golf Mk1 mula diperkenalkan pada 29 Mac 1974, di kilang pengeluaran Wolfsburg, Jerman dan itu ialah detik permulaan model popular tersebut.

Golf sebenarnya model transisi penting buat VW dalam menggantikan Beetle yang sangat popular. Siapa sangka model ini menjadi pengganti yang cukup sukses dengan jualan melebihi 35 juta unit serata dunia dan sudah tujuh generasi dikeluarkan hingga sekarang. Jika dibuat kiraan, setiap 41 saat akan ada sebuah Golf dipesan di pasaran global, setiap hari dan tanpa henti sejak dikeluarkan 45 tahun lalu. Secara purata, jumlah tersebut ialah sebanyak 780,000 unit setiap tahun.

Pengurus Kilang Volkswagen di Wolfsburg, Dr Stefan Loth berkata, pada 1974, kakitangan menghadapi cabaran untuk menukar Beetle kepada Golf.

"Sejak itu kami sentiasa konsisten dalam membangunkan kilang utama kami dan hari ini bukan setakat Golf, kami juga mengeluarkan e-Golf, Golf GTE, Golf Sportvan dan tiga lagi tambahan model di sini," katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Pandu Uji Volkswagen Golf GTI MK7.5

Golf akan terus memainkan peranan penting buat Volkswagen. Walaupun model sekarang begitu canggih dan berprestasi, Golf Mk1 versi awal pengeluaran lalu hadir ringkas dengan konsep kereta rakyat.

Detik Penting Golf Mk1

  • 29 Mac 1974: Unit pertama dikeluarkan di kilang Volkswagen Wolfsburg.
  • 8 Julai 1974: Golf mula dipertontonkan di bilik pameran Volkswagen.
  • 5 Ogos 1974: Penghantaran bermula kepada pelanggan.

Ciri Utama Golf Mk1

volkswagen-golf-mk1-ls-type17-
volkswagen-golf-mk1-ls-type17-2
volkswagen-golf-mk1-ls-type17-3
volkswagen-golf-mk1-1
volkswagen-golf-mk1-engine
  • Rekabentuk: Hatchback 2 dan 4 pintu.
  • Interior: 5 kerusi, kerusi belakang jenis bangku aka bench boleh rebah, but berkapasiti 300 liter.
  • Enjin: Petrol 4-silinder 1.1L berkuasa 48hp, dan petrol 4-silinder 1.5L berkuasa 68hp.
  • Pacuan: Roda depan (FWD), manual 4-kelajuan, automatik 3-kelajuan.
  • Prestasi: 140 kmj (48hp, manual); 160 kmj (68hp, manual).
  • Model: Golf dan Golf L (48hp); Golf S dan Golf LS (68hp).

Selepas 45 tahun di pasaran, Volkswagen kini sedang di peringkat akhir menyiapkan Golf Mk8. Model baharu itu masih kekal dengan rekabentuk hatchback ringkas yang menjadi identiti Golf sejak sekian lama. Walaupun ringkas, Golf Mk8 dikatakan dilengkapkan pelbagai teknologi moden dan canggih bagi meneruskan legasi sebagai model peneraju hatchback antarabangsa.

BACA >>> Volkswagen Jetta GLI (2019), Jelmaan Golf GTI dalam Bentuk Sedan

GALERI
VW Golf I Cabriolet Prototype (1976)
VW Golf I Cabriolet Prototype (1976)
VW Golf GTI MK 1 (kiri) dan GTI MK 7
VW Golf GTI MK 1 (kiri) dan GTI MK 7
VW Golf VW GTI MK 1 (kanan) dan GTI MK 7
VW Golf VW GTI MK 1 (kanan) dan GTI MK 7
VW Golf GTI TCR
VW Golf GTI TCR
VW Golf Mk 1
VW Golf Mk 1
VW Golf MkI (1974)
VW Golf MkI (1974)
VW Golf R32 (2005)
VW Golf R32 (2005)
VW Golf 7.5 (2016)
VW Golf 7.5 (2016)
VW Golf 7.5 GTI (2018)
VW Golf 7.5 GTI (2018)

Filed Under: Autotainment, Jenama, Volkswagen Tagged With: autotainment, Golf Mk1, hathcback, Kilang Wolfburg Jerman, Mk1, sejarah, Volkswagen, Volkswagen Golf, VW Golf Mk1, WV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my