Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Arteon R-Line 4Motion (2021) Buka Tempahan Malaysia, Harga Anggaran RM245k
Auto Terkini

Volkswagen Arteon R-Line 4Motion (2021) Buka Tempahan Malaysia, Harga Anggaran RM245k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka tempahan awal untuk Arteon R-Line 4MOTION (2021) baharu dengan memperkenalkan beberapa aspek penambahbaikan menarik.

Harga anggaran untuk Arteon versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Pekan, Pahang itu adalah antara RM245,000 hingga RM255,000. Berikut perincian sedan liftback tersebut:

BACA >>> Volkswagen R Pula Kini Logo Baharu, Lebih Ringkas dan Slik

  • Model pertama dipasang logo Volkswagen dan R baharu. rekabentuk kereta lebih menawan dengan sentuhan kemasan R-Line yang lebih sporty.
  • Ada lima warna pilihan: Lapiz Blue (biru), Manganese Grey (kelabu), Pyrite Silver (perak), Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih).
  • Dipacu trenkuasa turbo 2.0L TSI dengan transmisi anjakan terus (DSG) klac basah 7-kelajuan berkuasa 276hp dan tork 350Nm @ 5,100-6,500rpm.
  • Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION dan cuma memerlukan masa 5.6 saat untuk memecut 0-100kmj.
  • Gril dan bampar depan diperbaharui untuk gaya lebih mantap yang dipadankan lampu utama LED penuh. Bahagian belakang dipasangkan lampu LED tiga dimensi (3D) berserta lampu signal belok berjujukan untuk menonjolkan karakter rekaan sebenar Arteon.
  • Ruang kabin menghidangkan unit stereng baharu dengan kawalan sentuhan haptik, kerusi sport kulit Nappa Carbon dengan logo R baharu dan sistem audio 12 pembesar suara premium buatan Harman Kardon.
  • Unit infotainmen skrin sentuh Discover Pro 9.2 inci menampilkan ciri kawalan gestur dan suara, dengan sambungan wayarles App-Connect untuk sistem operasi Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kluster instrumen Digital Cockpit jenis resolusi tinggi dengan tetapan boleh ubah semudah di hujung jari. Ada juga sistem bantuan pemandu termaju yang menawarkan ciri moden seperti Bantuan Lorong (Lane Assist), Bantuan Sisi (Side Assist) dan Amaran Pemandu (Driver Alert).

Jika berminat buat tempahan awal, sila layari eShowroom, manakala maklumat lanjut mengenai Arteon R-Line 4MOTION boleh dirujuk di sini >>> www.volkswagen.com.my <<<.

BACA >>> 6 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Kilang VW Di Pekan
BACA >>> Volkswagen Tiguan Allspace R-Line (2021) Kini Ada Port USB-C
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Selenggara Tali Keledar Kereta Anda?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

Arteon CKD 2021 Liftback Roda4 Sedan Volksawagen Passenger Cars Malaysia Volkswagen Arteon Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) VWPC
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.