• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen R Pula Kini Logo Baharu, Lebih Ringkas dan Slik

Volkswagen R Pula Kini Logo Baharu, Lebih Ringkas dan Slik

October 10, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA 10 September lalu, Volkswagen melancarkan logo baharu yang lebih ringkas berbanding dahulu dan kini berubah dari bentuk tiga dimensi (3D) kepada dua dimensi (2D) dengan permukaan rata.

Volkswagen mampu melakukan perubahan ringkas kerana sudah pun mempunyai jenama dan reputasi kukuh dalam dunia automotif. Selepas logo utama, pengeluar dari Jerman itu turut melancarkan logo baharu untuk R, tanda nama untuk produk prestasi.

Sama seperti logo induk, logo R juga tampil ringkas dan boleh dikatakan terlalu ringkas untuk model berstatus prestasi.

BACA >>> Volkswagen Perkenal Logo Baharu Sebagai Permulaan Era Mobiliti Elektrik

Barisan model Volkswagen R membina reputasi di litar dan jalan raya serata dunia sejak 2002. Selain menawarkan prestasi tinggi, ia juga praktikal untuk pemanduan harian. Kuasa buas model R sebenarnya disorok di sebalik kit badan sederhana.

Selain empat generasi Golf R, portfolio model berprestasi Volkswagen turut terdiri daripada Passat R36, Touareg R50, Scirocco R dan Golf R Convertible. Model paling baharu ialah T-Roc R berkuasa 300hp dan tork 400Nm yang diperkenalkan di Geneva, Mac lalu.

Volkswagen Arteon R-Line - Logo lama R
VW Golf R32 2002 - Model R pertama
VW Golf R32 2002 - Model R pertama

* Logo Volkswagen biasa dan R lama 👆🏼

Menurut Volkswagen, logo R baharu adalah isyarat kepada permulaan baharu jenama prestasi itu yang tampil lebih moden, jelas dan slik. Ia juga mesra untuk pelbagai kegunaan dan sesuai untuk media digital.

Logo baharu itu dibangunkan di Pusat Rekabentuk Volkswagen. Kakitangan di bawah Pengarah Eksekutif Volkswagen Design, Klaus Bischoff membangunkan logo R baharu dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Teknikal dan Pemasaran Volkswagen R.

Logo R 2019.02
Logo R 2019.01
Logo R 2019.03

Ia tampil dengan dua bahagian terpisah membentuk huruf R yangmelambangkan progresif dan komitmen Volkswagen dalam bidang prestasi dan keeksklusifan.

Volkswagen merancang memperkenalkan Atlas Cross Sport R-Line dengan logo R baharu pada 11 Oktober (esok) yang dijual di pasaran Amerika Utara.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, logo, Logo Volkswagen R, Volkswagen, Volkswagen R, vw, VW Atlas Cross Sport R-Line, VW R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my