• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Selenggara Tali Keledar Kereta Anda?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Selenggara Tali Keledar Kereta Anda?

February 26, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TALI keledar ialah antara instrumen keselamatan kenderaan yang hanya bermanfaat apabila dipakai. Ia teknologi keselamatan paling mudah yang bertahan sekian lama dan terbukti berkesan menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang apabila berlaku kemalangan.

Ada laporan mendakwa pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali keledar berisiko maut nahas jalan raya setinggi 59 peratus berbanding pemakai tali keledar.

Tali keledar sebenarnya lebih terdedah kepada pancaran ultraungu (UV) ketika cuaca panas, sekali gus menjejaskan ketahanan fabrik webing (material tali keledar). Itu belum diikita kondisi lain seperti tali keledar terkepit ketika pintu kereta ditutup, terkena peluh atau tercemar kotoran lain.

Tahukah anda, ramai pemilik kereta tidak memeriksa atau menyelenggara alat keselamatan itu? Bagaimanakah cara memeriksa dan menyelenggara tali keledar kereta anda?

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Tali Keledar yang Perlu Anda Tahu

CARA PERIKSA

  1. Tali keledar kereta anda kotor jika ada ciri seperti lambat retrak (atau menyentap, tarik balik), keras dan berkilat. Ini bahaya.
  2. Fabrik tali keledar memiliki paten web. Jika ruang kecil dalam web tersumbat kotoran, tensor yang berfungsi menyekat pergerakan tali keledar apabila berlaku pelanggaran boleh hilang daya traksi (cengkaman).
  3. Kotoran juga boleh menjejaskan cengkaman retraktor. Ini boleh dikesan jika retrak tali keledar bergerak perlahan atau anda perlu menarik tali keledar berulang kali sebelum boleh digulung balik secara automatik.

APAKAH PERLU DIPERHATIKAN?

  • Kesan terbelah atau koyak pada webing
  • Webing semakin nipis
  • Webing kotor
  • Perubahan warna dan tahap kelembutan webing
  • Tali keledar sukar dikancing

CARA PULIHKAN KEKUATAN  TALI KELEDAR

tali pinggang keledar 5
tali pinggang keledar 4
tali pinggang keledar 6
tali pinggang keledar 7
  1. Tali keledar kotor perlu dicuci untuk membersihkan webing. Anda cuma perlu guna sebaldi air suam, suku cawan cecair pencuci baju, penyepit baju dan tuala.
  2. Tarik tali pinggang keledar hingga paras maksimum untuk dibersihkan.
  3. Gunakan penyepit baju sebagai klip supaya tidak ditarik balik.
  4. Letakkan baldi dengan campuran sabun atas kerusi dan rendamkan tali keledar selama 10 minit.
  5. Berus tali keledar guna tangan dan ulang langkah ini sekiranya air bertukar kotor.
  6. Isi air bersih dalam baldi untuk proses bilas sisa sabun. Ulangi langkah ini jika perlu.
  7. Guna tuala untuk menyerap baki air dan memudahkan proses mengeringkan tali keledar.
  8. Boleh guna pengering rambut untuk mempercepatkan proses mengeringkan air, atau menjemur ketika cuaca panas.

Jika fungsi retrak tali keledar masih bermasalah, anda dinasihatkan pergi ke pusat servis atau bengkel untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri berlaku kerosakan dalaman.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

SUMBER: WheelScene | DespairRepair

 

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, DIY, Seat Belt, Tali Keledar, tali pinggang keledar, Tip Cuci Tali Keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my