• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

August 9, 2017 By AO 4 Comments

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAJIAN Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) mendedahkan 4 daripada 5 orang di Amerika Syarikat (AS) tidak memakai tali keledar apabila duduk di kerusi belakang jika jarak perjalanan dekat atau ketika menaiki teksi dan perkhidmatan e-hailing seperti Uber.

Jurutera Kanan Penyelidikan IIHS, Jessica Jermakian berkata, sama seperti pemandu atau penumpang depan, asasnya kebanyakan orang dewasa yang duduk di kerusi belakang juga selamat. Namun, keselamatan itu tidak bermakna jika tali keledar tidak dipakai.

"Ini juga terpakai ketika menumpang Uber, Lyft atau kenderaan sewa lain," katanya.

Tinjauan IIHS yang dibuat ke atas 1,172 responden dewasa berusia 18 tahun dan ke atas antara Jun dan Ogos tahun lalu mendapati cuma 72 peratus memakai tali keledar ketika duduk di kerusi belakang, berbanding 91 peratus di depan.


Ramai pengguna tidak sedar tentang fakta penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar mampu mencederakan atau menyebabkan kematian penumpang depan.

Ini kerana impak rempuhan dari depan akan menyebabkan penumpang belakang tertolak dan menghentam kerusi depan hingga menyebabkan pemandu menghempap roda stereng. Jika penumpang depan pula, hentaman penumpang di belakang menyebabkan mereka menghentam papan pemuka.

Malah, statistik kemalangan di AS mendedahkan separuh daripada jumlah penumpang yang maut akibat kemalangan ialah disebabkan tidak memakai tali keledar.

"Penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar mungkin rasa mereka tidak cederakan sesiapa. Di kerusi belakang, tali keledar ialah perlindungan utama daripada perlanggaran depan. Tanpanya, badan mangsa boleh menghentam permukaan keras atau orang lain pada kelajuan tinggi yang mengakibatkan kecederaan serius."

- Jessica Jermakian, Jurutera Kanan Penyelidikan IIHS

Sekarang mari kita lihat sendiri kesan buruk akibat tidak memakai tali keledai belakang menerusi video ujian perlanggaran di bawah ini:

SUMBER: CarScoops

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, IIHS, Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), kajian jalan raya, tali keledar belakang, tidak pakai tali keledar belakang, tinjauan, ujian perlanggaran, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
    Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my