Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Nahas Simpang Tiga – Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal
Autotainment

#Videotomotif: Nahas Simpang Tiga – Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal

Han OthmanBy Han Othman20/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANG mengerikan apabila menyaksikan apa saja bentuk kemalangan jalan raya tidak kira sama ada membabitkan kecederaan atau tidak. Mendengar bunyi geseran brek dan dentuman besi berlanggar sudah boleh membuatkan sesiapa saja berdebar-debar dan kecut perut.

Begitu juga kemalangan motosikal yang sememangnya cukup berbahaya kepada mana-mana penunggang tidak kira dalam kelajuan apa pun jentera anda ditunggang. Sama ada berlanggar atau dilanggar, anda terdedah kepada risiko kecederaan dan maut!

BACA >>> #SembangDeras: Lelaki Ini Saksikan Sendiri Impak Kemalangan Akibat Main Handphone!

Lihat video kemalangan di atas ini membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda CR-V yang dirakamkan menerusi kamera pemuka (dashcam) di satu persimpangan jalan dekat Ulladulla di New South Wales, Australia pada 20 Januari lalu.

Walaupun nampak mengerikan, penunggang motosikal dilihat tidak mengalami kecederaan dan dapat bangun semula dengan segera sebaik saja selepas dilanggar.

Berdasarkan tontonan kami, apa yang berlaku ialah antara contoh kesilapan klasik yang kerap kali dilakukan penunggang motosikal dan pemandu kereta. Berlaku juga banyak kes yang bukan berpunca daripada kesilapan penunggang motosikal, tetapi kecuaian pengguna jalan raya lain dalam situasi sama.

BACA >>> Kajian: Toyota Prius Jadi Jenama Kereta Paling Banyak Kemalangan di UK

BERTEMBUNG DI SIMPANG JALAN


Insiden berlaku betul-betul di simpang tiga dalam laluan jalan raya dua hala. Pemandu CR-V dan penunggang motosikal datang dari arah bertentangan dari jalan utama (gambar atas). Pemandu kemudian mahu membelok masuk ke kanan di persimpangan jalan – simpang tiga – itu. Malangnya, dia bertembung dengan penunggang yang datang dari arah bertentangan, juga di jalan utama (gambar bawah).


DI MANA SILAPNYA? SIAPA BERSALAH?

Asasnya, kesalahan di atas ialah berpunca daripada pemandu yang membelok masuk sebelum benar-benar memastikan laluannya selamat, manakala penunggang pula berada dalam laluan yang betul, iaitu lurus dan bukan membelok.

Namun, jika mengambil kira perihal akal budi atau common sense dan keselamatan di atas jalan raya, penunggang sepatutnya tidak menunggang laju di mana-mana persimpangan jalan.  Malah, kondisi jalan raya ketika kemalangan terjadi menunjukkan pemandu berdepan masalah pandangan terhalang akibat kesesakan yang berlaku dari arah hadapan.

hari-hati
Pemandu jelas sekali tidak dapat melihat kehadiran penunggang kerana dihalang kenderaan kamera perakam di depan. Ketika itu, kenderaan kamera perakam itu sudah memperlahankan kenderaan untuk memberikan pemandu laluan masuk. Sudah pasti kemalangan dapat dielakkan jika penunggang turut memperlahankan kenderaan.

Penunggang juga ada masa untuk memperhatikan kehadiran kenderaan lain yang mahu masuk ke simpang. Bukankah itu juga langkah keselamatan untuk mengelak sebarang insiden tidak diingini seperti pemandu dalam laluan sama atau bertentangan tiba-tiba membelok tanpa beri signal?

BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Ingat, anda ialah penunggang motosikal. Tidak kira sama ada melanggar atau dilanggar, risiko bahaya besar tetap terletak kepada anda. Nasib anda tidak semestinya baik seperti penunggang dalam video di atas. Jadi, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang tersayang!


APA PULA TINDAKAN SEPATUTNYA PEMANDU BUAT?


Selesai hal penunggang, sekarang kita ‘sekolahkan’ pula pemandu. Jika anda mahu membelok masuk ke simpang dalam situasi laluan bertentangan yang sesak hingga menyukarkan anda melihat lorong kedua (atau seterusnya), anda sepatutnya berhenti dahulu selepas melintasi kenderaan di lorong pertama yang sedang memberikan laluan.

Jadi, dalam kedudukan tersebut, sudah tentu anda dapat melihat kehadiran kenderaan lain, terutama motosikal yang datang dari arah bertentangan. Jangan hanya beri signal dan terus membelok masuk. Beringatlah!

autotainment kemalangan jalan raya nahas simpang tiga tip memandu selamat videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

03/07/2026
Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
Tahukah Anda

Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

02/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.