• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

July 29, 2018 By AO Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMALANGAN maut akibat melanggar lampu isyarat di Amerika Syarikat (AS) meningkat 17 peratus sejak 2012, menurut kajian Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS).

Seramai 811 orang maut pada 2016 berbanding 696 orang pada 2012. Lebih separuh mangsa yang maut itu pula terdiri daripada pejalan kaki, penunggang motosikal/basikal atau penumpang dalam kenderaan yang dirempuh suspek yang melanggar lampu merah.

BACA >>> #SembangDeras: Lelaki Ini Saksikan Sendiri Impak Kemalangan Akibat Main Handphone!

Bagi menyampaikan mesej pesanan khidmat masyarakat, IIHS dengan menggunakan fasiliti ujian perlanggaran cuba melakonkan semula situasi perlanggaran sebenar rempuhan di lampu isyarat membabitkan trak pikap Ford F-150 (2010) dan sedan Chrysler Sebring (2007).

MENINGKAT 30 PERATUS

IIHS berkata, kajian awal mendapati kematian akibat jenis kemalangan sebegini meningkat 30 peratus di bandar-bandar yang tidak menguatkuasakan sistem kamera perangkap lampu merah.

IIHS kini bersama Persatuan Automobil Amerika (AAA), Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) dan Pihak Berkuasa bagi Lebuhraya dan Keselamatan Auto (AHAS) sememangnya komited dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang menumpukan kepada aspek keselamatan jalan raya berbanding mementingkan hal menjana pendapatan pihak berkuasa termpatan semata-mata.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

Presiden IIHS, David Harkey berkata, garis panduan mengenai program kamera perangkap lampu merah sudah pun  dibangunkan bagi membantu pengguna mengelak masalah yang boleh menjejaskan program tersebut pada masa lalu.

"Kami tahu menutup kamera menyebabkan lebih banyak perlanggaran, kecederaan dan kematian berlaku. Jadi, penting supaya program kamera diteruskan," katanya.

SUMBER: FoxNews

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Crash Test, David Harkey, IIHS, Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS), kemalangan, ujian perlanggaran, Video Demo, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
    Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my