Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video Honda City RS ‘Tapau’ Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!
Auto Terkini

Video Honda City RS ‘Tapau’ Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!

Han OthmanBy Han Othman15/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERENTAK pembukaan pratempahan Honda City serba baharu, Honda Malaysia turut memuat naik video klip model sedan segmen-B itu yang nyata unik dan lain daripada lain.

Kami boleh katakan ini ialah video klip pertama paling berani pernah dikeluarkan pengeluar automotif Malaysia yang secara berterus-terang menyindir pesaing lain.

BACA >>> Honda City Serba Baharu Buka Tempahan! Varian RS Tawar Enjin i-MMD, Tork 253Nm!


Sebenarnya video klip sebegini sudah biasa dilakukan pengeluar luar negara  yang saling memerli lawan masing-masing. Proton misalnya pernah menyiarkan iklan mengucapkan tahniah kepada Perodua sempena pelancaran Myvi baharu pada 2017 yang pada masa sama mempromosikan Iriz sebagai juara perlumbaan enduran Sepang 1000km 2017.


Namun apa dilakukan Honda Malaysia pada iklan City RS ini jauh lebih kreatif dan ‘pedas’ apabila tanpa berselindung menyindir dua lawannya Toyota Vios (sedan segmen-B), dan Toyota Camry (sedan segmen-D), serta turut terjebak sama ialah model lain seperti Perodua Bezza (sedan segmen-A), Perodua Myvi (hatchback segmen-B), Nissan Almera (sedan segmen-B) dan Mazda CX-5 (SUV segmen-C).

Babak pertama menunjukkan adegan Vios, City RS dan Camry di kawasan parkir. Vios dan Camry keluar lebih awal, tetapi City RS pula yang sampai dulu ke pagar parkir kerana lebih pantas mendaki.

Ini membuatkan pemandu Camry hairan bercampur geram, kenapa sedan Honda itu begitu pantas di depan? Pemandu Camry kemudian pantas memintas lawannya itu sebaik saja membayar parkir.

Dalam babak atas jalan, Camry dikatakan tiada cukup kuasa untuk memotong, tapi City RS dengan relaks dapat memotong sedan Toyota itu, termasuk deretan model lain seperti Almera, Myvi dan CX-5.

BACA >>> #Spyshot: Lagi Nissan Almera (2020) Ditemui di Putrajaya

Babak seterusnya, pemandu Camry sekali lagi geram kerana City RS masih di depan walaupun membawa empat penumpang (siap selesai membeli-belah). Jadi untuk membuatkan kereta lebih ringan, si pemandu Camry tergamak meninggalkan tiga rakannya semata-mata untuk bersaing dengan City RS. Hmm…

Lagi sekali babak atas jalan. Kali ini Camry berdepan pula masalah lengah di selekoh, tak cukup kick! Sekali lagi City RS memintas sedan mewah Toyota itu. Hinggalah sampai di laluan jalan dua hala, City RS memotong pula Bezza yang seakan bergelut hendak mendaki bukit untuk ke destinasi.

Ketika penumpang City RS asyik bersembang sambil minum petang di kafe, barulah Camry tadi tiba di tempat sama. Jelas sekali riak muka pemandu yang penuh kecewa kerana lambat sampai.

Akhir video klip disiarkan statistik perbandingan tork antara City RS (253Nm) dan pesaing lain yang kita sendiri boleh meneka jenis model dimaksudkan itu. Paling lucu sudah tentu kelibat Vios. Sejak keluar dari petak parkir pada awal video, teru tidak nampak kelibat dan cuma muncul akhir cerita. Itupun hari sudah gelap dan kafe sudah tutup. Haha! 😂

BACA >>> Filipina Lancar Toyota Vios (2020) Facelift dengan Rupa Diperbaharui

GALERI

 

Honda City RS Honda City RS i-MMD Honda Malaysia Iklan Honda City RS Roda4 sedan segmen-B sedan subkompak video Video Klip videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.